Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.rah] | موره

Definisi : 1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll): setelah Sultan Muzaffar Shah di atas keraja-an, terlalulah baik fiil baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah, mudah, senang; ~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; ~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki; ~ tangan suka memberi; ~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berke­hendak lebih lagi (telah memperoleh kese­nangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih); bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami; memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya; mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dgn tidak semena-mena; murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~; kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.rah] | موره

Definisi : 1 rendah harganya; tidak mahal: Barang-barang di sana lebih ~ drpd barang-barang di sini. 2 banyak; berlebih-lebih: ~ rezeki banyak rezeki. 3 tidak kedekut; selalu memberi sedekah. memurahkan menjadikan murah; menurunkan harga. mempermurah menjadikan lebih murah. kemurahan 1 keadaan murah (bkn barang dll). 2 = ~ hati kebaikan hati; sifat pengasih dan penyayang. pemurah orang yg tidak kedekut; orang yg suka atau selalu memberi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murah (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset,
Berantonim dengan mahal

2. Dalam konteks rezeki
bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah,

Puisi
 

Anak Melayu sayang Melayu,
     Mata melihat hatiku sayu;
Murah harganya sangat terlalu,
     Seperti ikan pari dan yu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Lagi murah,
     lagi ditawar.

Bermaksud :

Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin menawar).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cheapadj 1. inexpensive, murah: the pens are ~ at a ringgit a piece, pen-pen itu murah dgn harga seringgit satu; ~ toys, barang-barang mainan yg murah; on the ~, dgn harga yg murah; 2. charging low rates, murah: a ~ restaurant, restoran murah; ~ sale, jualan murah; 3. needing little effort, mudah: a ~ victory, kemenangan yg mudah; 4. of little value, murah: ~ flattery, pujian yg murah; 5. not worthy of respect, murah: she made herself ~ by such behaviour, dia menjadikan dirinya murah dgn berkelakuan begitu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
generousadj 1. ready to give, murah hati, pemurah; (money) murah hati, pemurah, dermawan: our guardian is very ~. She always sends us gifts for Christmas, penjaga kami sangat murah hati. Dia selalu mengirim hadiah kpd kami utk Hari Krismas; it is very ~ of him to give away half of his inheritence to the poor, dia sungguh dermawan krn memberikan separuh drpd harta yg diwarisinya kpd orang-orang miskin; be ~ with, tdk /lokek, kedekut/ dgn;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bargainn 1. good buy, murah (harganya): these shirts are a ~, baju-baju ini murah harganya; it’s certainly a ~ at that price, barang tersebut memanglah murah dgn harga itu; 2. agreement, perjanjian, persetujuan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cheapadv dgn harga yg murah: he bought it ~, dia membelinya dgn harga yg murah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knock -downadj 1. (of price) cheap, murah: kitchen utensils at ~ prices, peralatan dapur yg dijual dgn harga murah; 2. (of furniture etc) pasang siap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gimcrackadj murah dan tdk bernilai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inexpensivenessn tdk mahal, murah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inexpensiveadj tdk mahal, murah: an ~ gift, hadiah yg tdk mahal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gimcrackn barang yg murah dan tdk bernilai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gewgawn (barang) perhiasan murah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas