Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.fas] | نفس

Definisi : 1. udara yg disedut ke dlm dan di­hembuskan keluar dr paru-paru; menarik ~ menyedut udara (ke dlm paru-paru); meng­hembuskan ~ yg akhir (penghabisan) mati; 2. penyedutan dan pengeluaran udara dr paru-paru: ~ pendek; ~nya Isnin Khamis Id, bp mengap-ngap (hampir mati); sakit ~ sakit sesak nafas (bengik); ~ baru semangat baru atau sumber baru kekuatan yg memulihkan sesuatu kegiatan dll atau memberinya ke-upayaan baru: memberi ~ baru kpd per­kembangan dunia hiburan dan per­kem­bangan bahasa Malaysia amnya; senafas 1. sepanjang waktu yg diperlukan utk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dlm jangka waktu yg pendek sekali: tapi angin mati, ~ pun tak bertiup; 2. ki sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai: kalimat-kalimatnya sejenis dan ~; bernafas 1. menyedut dan menghembuskan nafas dr paru-paru: ikan ~ melalui insangnya; 2. bernyawa, hidup; tiap-tiap yg ~ tiap-tiap yg hidup; 3. mempunyai unsur, berunsur, berbau: puisi yg ~ keislaman spt yg diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan prb lebih percaya kpd pendapat orang lain drpd pendapat sendiri; menafaskan mengeluarkan nafas; pernafasan perihal bernafas: liang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.fas] | نفس

Definisi : 1 udara yg disedut ke dlm dan dihembuskan keluar dr paru-paru: menarik ~. 2 penyedutan dan penghembusan udara (dr paru-paru): ~nya panjang. bernafas 1 menyedut dan menghembuskan nafas: Ikan ~ dgn insangnya. 2 hidup; bernyawa: Tiap-tiap yg ~ akan mati juga sudahnya. pernafasan perbuatan atau hal ber­nafas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafas
Kata Terbitan : senafas, bernafas,

Puisi
 

Cekak manis makanan sotong,
     Sotong nak mati ditimpa ruang;
Tarik nafas tergantung-gantung,
     Terkenang diri dikeji orang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berair kerongkongan.

Bermaksud :

Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
breathe~ o’s last, menghembuskan nafas yg terakhir; ~ (new) life into st, memberi nafas baru kpd sst; as I live and ~, (colloq) selagi saya masih /hidup, bernyawa/; not ~ a word (of st to so.) tdk memberitahu (sso ttg sst), merahsiakan (sst drpd sso); ~ /again, freely (again)/, bernafas /semula, kembali/, berasa lega (semula);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exhalevi menghembuskan nafas: the child ~d violently as he came up to the surface, budak itu menghembuskan nafas dgn kuat semasa naik ke permukaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indrawnadj; ~ breath, menarik nafas: there were one or two ~ breaths as the contestant prepared to dive into the sea, beberapa orang menarik nafas ketika peserta itu bersedia utk menjunam ke laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breathas long as I have ~, selagi saya masih /bernafas, hidup/; catch o’s ~, nafas sso tertahan; for a ~ of fresh air, utk menghirup udara /bersih, nyaman/, utk mengambil angin; get o’s ~ (back), /dapat bernafas, berasa lega/ (kembali); have no ~ left, tdk dapat bernafas, tercungap-cungap; hold o’s ~, menahan nafas; in /one, the same/ ~ , dgn satu nafas, sekaligus; lose o’s ~, tercungap-cungap, termengah-mengah; be out of ~, sesak nafas, susah bernafas, tercungap-cungap, termengah-mengah; save o’s ~, jangan buang masa; take ~, bernafas, berehat utk menghilangkan lelah; take a deep ~, menarik nafas panjang; take so’s ~ away, membuat sso terpegun, menakjubkan sso; / under, below, beneath / o’s ~, perlahan-lahan: he said something under his ~ and left us, dia mengatakan sst perlahan-lahan dan meninggalkan kami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
batevt; with ~d breath, dgn nafas tertahan: the crowd watched with ~d breath as the boat drifted towards the waterfall, orang ramai yg berkerumun memperhatikan sampan itu hanyut menuju air terjun dgn nafas tertahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inhalevi menyedut + approp n; (air) menarik nafas, /menyedut, menghirup/ udara: he never ~s when he smokes, dia tdk pernah menyedut asap semasa merokok; he opened the window and ~d deeply, dia membuka tingkap dan menarik nafas panjang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gaspvi 1. struggle for breath, tercungap-cungap, terengah-engah, termengah-mengah; ~ for breath, tercungap-cungap menarik nafas: he ~ed for breath as he came to the surface, dia tercungap-cungap menarik nafas apabila dia timbul ke permukaan air; 2. draw in breath sharply, seolah-olah tertahan: she ~ed at the man walking on the live coals, nafasnya seolah-olah tertahan melihat lelaki itu berjalan di atas bara api;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gaspn sharp intake of breath, a. (from exhaustion) cungapan; in ~s, tercungap-cungap; b. (from astonishment, amazement, shock, etc) bunyi nafas tertahan: several ~s were audible, kedengaran bunyi nafas tertahan; at o’s last ~, (colloq) a. at the point of death, sedang nazak; b. on the point of exhaustion, hampir setengah mati: he was at his last ~ after the game, dia setengah mati selepas permainan itu; fight to the last ~, (colloq) bertempur habis-habisan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breathe~ in, menarik nafas; ~ in st, menyedut: to ~ in polluted air, menyedut udara yg tercemar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kiss of lifen pemulihan nafas mulut ke mulut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas