Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nai/] | ناءيق

Definisi : 1. bergerak ke atas: asap ~ ke udara; bulan ~ dr satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh); tegak ~ a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi); b) sudah mulai besar (budak yg berumur lebih kurang 15 tahun); 2. ber­gerak ke tempat yg lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga): maka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang yg luas; dgn segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepat-cepat; 3. mengenderai (kuda, kereta, dll), masuk ke kenderaan: ~ kereta ke Pulau Pinang; ~ lif ke tingkat empat; 4. bertambah tinggi (mahal, besar, banyak, dll) drpd yg mula, bertambah, meningkat: ~ dan turunnya jualan tuan pd tiap-tiap bulan terpulanglah kpd kecekapan tuan mengurus perniagaan; semua harga barang ~; kalau pangkat ~ gaji pun akan ~; 5. tumbuh menjadi besar (tinggi dll): padi sedang ~; 6. menjadi, berubah menjadi: air mukanya dgn serta-merta ~ merah padam, dgn itu aku ~ pelik pula; 7. kembang atau mengembang (bkn adunan kuih): pukul telur sehingga ~; biarkan adunan roti itu ~;~ angin = ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dll; ~ apel = ~ banding Id memohon ke pengadilan yg lebih tinggi; ~ basuh kaki tidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan kenduri kahwin (bkn pengantin laki-laki); ~ besar sudah mulai besar (anak-anak); ~ darah (menjadi) marah; ~ darat naik ke darat (turun dr kapal); ~ darjat menjadi tinggi darjatnya; ~ daun a) mendapat (keuntungan atau kesenangan); b) bernasib baik atau beruntung (dlm perjudian dll); ~ gaji mendapat gaji yg lebih tinggi; ~ gembira sl menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dll); ~ geram menjadi marah; ~ gila a) menjadi gila; b) terlalu asyik akan sesuatu; ~ haji pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima; ~ harga menjadi mahal (berharga lebih drpd biasa); ~ hati menjadi girang (sombong); ~ kapal a) mula naik ke kapal; b) belayar dgn kapal, me­numpang kapal; ~ kelas Id meningkat ke darjah yg lebih tinggi; ~ (di, di atas) kepala berbuat sesuatu yg melampaui batas; ~ lemak menjadi terlalu manja (dan melampau perbuatannya); ~ marah bangkit marahnya, menjadi marah; ~ mempelai a) menjadi pengantin, berkahwin; b) pertama kali tidur dgn isteri; ~ merik Id bertambah besar kehormatannya; ~ minyak menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang; ~ nobat Mn menjadi pengantin, berkahwin; ~ palak a) menjadi panas hati, meradang; b) berasa tidak senang, susah; ~ panas menjadi marah; ~ pangkat mendapat jawatan yg lebih tinggi; ~ pelamin Mn menjadi pengantin; ~ pitam a) mendapat pitam (menjadi pening); b) menjadi marah atau panas hati; ~ radang meradang; ~ raja sl menjadi raja; ~ saksi a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); ~ semangat bertambah semangat (bertambah berani dll); ~ seri kelihatan manis, berseri dsb selepas disolek, diandam dsb; ~ setum Id bp menjadi marah; ~ syeikh bp lupa diri, hilang pertimbangan; ~ takhta ditabalkan menjadi raja; ~ tangan beruntung, bertuah; ~ tocang bp besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan; bulan ~, matahari ~ prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan; ~ dr janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya; ~ melompat, turun terjun = ~ membilang anak tangga, turun se­langkah jejaklah ke bumi = ~ spt semut, turun spt ribut prb hendak memperoleh kejayaan selalu­nya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali; menaik bergerak ke atas: kelok tersebut ~ semula; menaik-naik bp makin naik, menjadi-jadi: kebosanannya itu mulai ~ apabila suaminya tidak pulang-pulang; menaiki 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); menaikkan 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; naik-naikan Id, bp waktu murid naik darjah; kenaikan 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; penaikan perihal atau perbuatan menaik­kan; penaik; bahan ~ bahan yg digunakan utk menaikkan adunan kuih (spt serbuk penaik dsb); ~ darah orang yg lekas marah, pemarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nai/] | ناءيق

Definisi : 1 bergerak (berjalan dll) ke tempat yg lebih tinggi; mendaki (bukit, gunung dll): Mereka pun berjalanlah ~ bukit turun bukit. 2 bergerak ke atas: Layang-layangnya tidak dpt ~ kerana angin tidak kuat. 3 menunggang (kuda, basikal dll); mengenderai: ~ basikal; ~ kuda. 4 masuk ke rumah melalui tangga; masuk ke dlm kenderaan: Silakan ~ ke rumah. 5 bertambah tinggi harganya; bertambah besar; meningkat (bkn pangkat dll): Kalau pangkat ~, gaji pun akan ~. 6 tumbuh menjadi besar (tinggi dll); membesar: Budak-budak yg sedang ~ memang banyak makannya. 7 mengembang (bkn adunan kuih): Pukullah telur itu sehingga ~. ~ angin tidak dpt mengawal diri kerana terlalu marah dll. ~ darah menjadi marah. ~ gaji mendapat gaji yg lebih besar drpd yg dahulu. ~ haji pergi menunaikan rukun Islam yg kelima di Mekah. ~ marah menjadi marah. ~ pangkat mendapat pangkat yg lebih tinggi drpd yg dahulu. ~ takhta ditabalkan menjadi raja. menaiki 1 memanjat atau mendaki (gunung dll). 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kenderaan; mengenderai. 3 memasuki rumah mela­lui tangga: Rumahnya dinaiki pencuri. menaikkan 1 menjadikan naik; meletakkan di tempat yg tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dsb): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin utk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (bkn adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit utk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. kenaikan 1 se­suatu (spt kereta, kapal terbang) yg dinaiki; kenderaan. 2 keadaan atau hal naik (bkn pangkat, gaji, harga dll): ~ harga barang-barang menyusahkan masya­rakat yg berpendapatan rendah. penaikan perbuatan atau hal me­naikkan. penaik; serbuk ~ serbuk yg digunakan utk menaikkan adunan kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Puisi
 

Cubalah abang naik rakit,
     Naik kereta pergi ke hulu;
Bolehlah abang tolong sedikit,
     Supaya adik bolehlah tahu.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Sirih naik,
     junjungan naik.

Bermaksud :

Mendapat untung dan bahagia silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
jumplain; impatient to find out how the story ended, she ~ed to the last chapter, krn tdk sabar utk mengetahui kesudahan cerita itu, dia melompat ke bab akhir; 6. rise suddenly, melambung naik, /meningkat, bertambah/ dgn /tiba-tiba, mendadak/; (of price, rent, etc), /melambung, melompat/ naik, naik dgn /tiba-tiba, mendadak/: exports ~ed last year, eksport melambung naik tahun lepas; the population ~ed to 16,000,000, jumlah penduduk meningkat dgn tiba-tiba ke 16,000,000; due to the sudden increase in demand, the price of palm oil ~ed sharply, oleh sebab permintaan bertambah dgn tiba-tiba, harga minyak sawit melambung naik; 7. (of heart) berdebar-debar: her heart ~ed at the sight of him, hatinya berdebar-debar apabila terpandang lelaki itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ascendvi 1. go or move up, naik: he ~ed slowly to the top of the hill, dia naik perlahan-lahan ke puncak bukit itu; the mist ~ed from the valley, kabus naik dr lembah itu; cheers broke out as the balloon ~ed, orang ramai bertepuk sorak apabila belon itu mula naik; 2. slope upwards, mendaki, menanjak, naik meninggi: the path ~ed steeply, jalan itu mendaki dgn curamnya; the mountain ~ed to 5,000 metres, gunung itu menanjak sehingga ke paras 5,000 meter; 3. rise (in rank, level, degree, etc) naik: when he ~ed in rank..., apabila dia naik pangkat...; ~ to power, mula berkuasa: he ~ed to power at a time when the country was in great turmoil, dia mula berkuasa ketika negara itu dlm keadaan kacau-bilau; 4. rise in pitch, meninggi: the singer’s voice ~ed to a high C, suara penyanyi itu meninggi ke nada C tinggi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ascendingadj 1. rising upwards, sedang naik: the ~ smoke drifted westward, asap yg sedang naik itu beredar ke barat; 2. sloping upwards, mendaki, memanjat, naik meninggi: an ~ footpath, jalan kecil yg mendaki; 3. (of plant) menaik, menjalar naik: an ~ stem,batang tumbuhan yg menaik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aboard/climb, come, get, go/ ~, naik (ke + approp n): all the passengers have gone ~, semua penumpang telah naik ke kapal; take so. ~, membawa sso naik (ke + approp n); take st ~, menaikkan sst (ke + approp n);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accessionn 1. act of acceding, a. (to the throne) also ~ to the throne, naik ke takhta kerajaan, naik takhta, naiknya [baginda] ke takhta kerajaan: he was only nineteen at the time of his ~ (to the throne) baginda baru berusia sembilan belas tahun pd waktu baginda naik takhta; b. ( to office) menjadi, (mula) memegang jawatan: before his ~ to the post of Vice-Chancellor, sebelum dia menjadi Naib Canselor; c. (to power), (mula) memegang, (mula) ber [kuasa]: after Hitler’s ~ to power, setelah Hitler mula memegang kuasa; 2. (leg.) increase, pertambahan: ~ to property, pertambahan harta; 3. addition, (approp n +) tambahan: a list of new ~s to the library, senarai (bahan bacaan) tambahan baru utk perpustakaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fluctuatevi 1. rise and fall, naik turun: the patient’s temperature ~d, suhu badan pesakit itu naik turun; his income ~s, pendapatannya naik turun; 2. vary, berubah-ubah: Mary’s opinion of him constantly ~d, pendapat Mary tentangnya sentiasa berubah-ubah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flipvi (sl) 1. become very angry, naik darah; 2. become excited, naik gila: you’ll ~ when you see my new dress, kamu pasti naik gila apabila melihat baju baru saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force~ st up, (price), (act.) menyebabkan [harga] naik, menaikkan [harga]; (pass.) [harga] naik: the government ~d up the price of tobacco, kerajaan menaikkan harga tembakau; petrol prices were ~d up by the crisis in the Middle East, harga minyak naik krn krisis di Timur Tengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appreciatedadj telah naik nilai: ~ currency, mata wang yg telah naik nilainya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back~ up, a. accumulate behind obstruction, naik: the water ~ed up behind the dam and flooded the valley, air naik di empangan dan membanjiri lembah itu; b. (US) form queue, tertahan: vehicles were ~ed up for miles on the highway, kenderaan tertahan berbatu-batu panjangnya di lebuh raya itu; c. (US) go up backwards, /(ber)undur, mundur, mengundur/ naik; ~ so. up, see vt (sense 2.); ~ st up, see vt (sense 3.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas