Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.si] | ناسي

Definisi : 1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuning­an) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah ma­sak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng ber­sama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana ter­­lalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian di­himpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rem­­pah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg di­kuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn ber­lebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg di­kukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg leng­kap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg di­suapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengan­tin perempuan dan sebaliknya (ketika bersan­ding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg di­kangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihi­dang­kan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ke­tahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg ber­sekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb sese­orang itu apabila rosak hatinya akan ber­ubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tam­bah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; me­nantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si] | ناسي

Definisi : ; jamur ~ sj cendawan yg boleh dimakan, Hydnum fragile. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si] | ناسي

Definisi : ; ~ dingin sj tumbuhan (pokok), buah sakur, Xerospermum spp.; ~ rendam sj tumbuhan (pokok kecil), kayu-kayu hantu, mata gajah, Meliosma nitida; ~ sejuk sj tum­buhan (pokok renek), hempedal itik, Salacia flavescens; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), membulu, Tinomiscium petiolare; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si] | ناسي

Definisi : 1 beras yg sudah ditanak atau dimasak: ~ ayam nasi yg dimasak dgn lemak ayam; ~ beriani nasi yg dimasak bersama daging atau ayam berserta rempah; ~ kandar nasi yg dicampurkan sekali dgn lauk-pauknya dlm satu pinggan; ~ lemak nasi yg dimasak dgn santan dan dimakan dgn sambal tumis dll; ~ minyak nasi yg dimasak dgn minyak sapi atau lemak berserta rempah. 2 isi jerawat yg berwarna putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasi

Puisi
 

Gadis Minah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah menguat nyanyi,
     Nyanyiku salah bergusal jangan.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bread~ and water, roti dgn air; daily ~, periuk nasi; earn o’s daily ~, mencari /nafkah, rezeki/; know on which side o’s ~ is buttered, tahu menjaga kepentingan sso; take the ~ out of so’s mouth, merosakkan periuk nasi sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eatvt (me)makan; (unintentionally) termakan: to ~ a bowl of rice, memakan semangkuk nasi; she doesn’t ~ mutton, dia tdk makan daging kambing; the moths have ~en holes in his coat, kotnya berlubang-lubang dimakan rama-rama; ugh! I’ve ~en a maggot!, yek! Saya termakan ulat!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heap~ with, place in heaps on, /melonggokkan, menimbunkan/[sst] ke dlm: the host ~ed my plate with rice, tuan rumah menimbunkan nasi ke dlm pinggan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cookern 1. stove, dapur: gas ~, dapur gas; 2. pot, periuk: rice ~, periuk nasi; pressure ~, periuk tekanan; 3. (of apple), (epal) utk dimasak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
institutionaladj of, rel to, institution, keinstitusian: ~ care, jagaan keinstitusian; ~ control, kawalan keinstitusian; ~ life, cara hidup keinstitusian; ~ meal, makan nasi kawah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
helpingn amount of food in a single serving, [various translations]: I’ve had a large ~ of rice, saya sudah makan sepinggan besar nasi; he wants a second ~, dia hendak tambah lagi; a large ~ of pudding, semangkuk besar puding.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cookvt 1. prepare (food) memasak: she is ~ing me dinner, dia sedang memasak makanan malam utk saya; the rice was badly ~ed, nasi itu tdk dimasak dgn elok; 2. falsify, memalsukan: someone has been ~ing the accounts, ada orang yg telah memalsukan kira-kira itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grainn 1. single seed of plant, esp cereal plant, biji, butir: he picked up the few ~s of rice that were left on the table, dia mengutip butir-butir nasi yg terdapat di atas meja itu; 2. seed, fruit of cereal plants, biji-bijian; (tech) bijian: they scattered some ~s for the birds, mereka menabur biji-bijian utk burung-burung itu; 3. cereal plants such as rice, barley, which has been harvested, biji-bijian: the ship carried a cargo of ~, kapal itu membawa muatan biji-bijian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hotadv 1. at a high temperature, panas: glowing ~ coal, arang yg panas membara; 2. while hot, panas-panas, hangat-hangat: to serve the rice ~, menghidangkan nasi itu panas-panas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damagen harm, injury, kerosakan, rosak: the ~ to the crops was considerable after the floods, selepas banjir didapati banyak tanaman yg rosak; do ~ to, (lit. & fig.) merosakkan: his article had done ~ to the company’s reputation, rencananya telah merosakkan nama baik syarikat itu; what’s the ~, (colloq) berapa bayarannya; the ~ is done, nasi sudah menjadi bubur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas