Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ge.ri] | نݢري

Definisi : 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pe­merintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kam­pung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun pan­­­jang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kam­pung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau mala­petaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mem­punyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ge.ri] | نݢري

Definisi : 1 kawasan atau daerah yg menjadi sebahagian drpd sesebuah negara: ~ Johor; ~ Melaka. 2 sesuatu kawasan yg dpt dikenal drpd ciri-ciri pen­duduknya, bahasanya, budayanya dsb: ~ China; ~ Jepun. ~ akhirat alam sesudah hidup di dunia ini. ~ ang­kat negeri asing yg dianggap sbg negeri sendiri. ~ asing negeri yg bukan ne­geri sendiri. ~ awak negeri sendiri. ~ yg baqa akhirat. ~ yg fana dunia. bernegeri 1 mempunyai negeri. 2 mempunyai tempat tinggal; berke­diaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita,
     hujan emas perak di negeri orang;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
Confederacyn Negeri-Negeri Gabungan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Federated Malay Statesn Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immediatelythe states most ~ affected by the amendments to the act, negeri-negeri yg langsung menerima kesan pindaan akta itu; b. being nearest in time, (used with “after”, “on”) sebaik sahaja; (used with “preceeding”, “before”) betul-betul: ~ after the game, sebaik saja perlawanan tamat; the events ~ preceeding the assassination, peristiwa-peristiwa yg berlaku betul-betul sebelum pembunuhan itu; c. being nearest in space, betul-betul: their apartment is ~ below mine, pangsapuri mereka betul-betul di bawah pangsapuri saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
confederaten 1. usu C~, Negeri-Negeri Gabungan; 2. (derog) accomplice, subahat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
developtrouble had ~ed in the eastern states, kekacauan mula berlaku di negeri-negeri timur; fever ~ed, demam itu bermula; 4. take place as result of, berlaku: an argument ~ed following his outburst, pertengkaran berlaku selepas dia menghamburkan kata-kata itu; 5. (photog), (men)jadi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aggregationn assemblage, collection, kumpulan: an ~ of feudal states, kumpulan negeri-negeri feudal; an ~ of worshippers, kumpulan pemuja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
confederateadj 1. allied, gabungan; 2. (pertaining to the Confederacy) Gabungan: the~ states of America, negeri-negeri Gabungan Amerika;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faradj 1. distant, a. (in space) jauh: he always dreamed about visiting ~ countries, dia selalu berangan-angan utk melawat negeri-negeri jauh; in the ~ distance, di kejauhan, (nun) jauh di sana; b. (in time) lama: in the ~ and distant past, lama dahulu; 2. more distant, [usu not translated], jauh: there used to be a cupboard at the ~ end of the room, dahulu, ada sebuah almari di hujung bilik itu; on the ~ side of the lake, jauh di sebelah sana tasik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
constitutevt 1. make up, form, [various translations]: seven days ~ a week, terdapat tujuh hari dalam seminggu; eleven men ~ a football team, pasukan bola sepak terdiri drpd sebelas orang pemain; the states that ~ the country, negeri-negeri yg membentuk negara itu; her cheerfulness ~s her main attraction, sifat riangnya merupakan daya tarikannya yg utama; ~ of, terdiri drpd: a government ~d of two parties, kerajaan yg terdiri drpd dua parti; 2. (fml) appoint to office, function, melantik: they ~d him their spokesman, mereka melantiknya menjadi jurucakap; 3. set up, menubuhkan; (law, regulation) membentuk: a provisional government was ~d, sebuah kerajaan sementara telah ditubuhkan; only the government can ~ such regulations, hanya kerajaan yg dapat membentuk peraturan sedemikian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
banishmentn 1. legal expulsion from a country, pembuangan negeri: the ~ of traitors, pembuangan negeri pengkhianat-pengkhianat; ~ order, perintah buang negeri; 2. dismissal, exclusion (from place, group, etc) penyingkiran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas