Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dat] | ڤادت

Definisi : 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kan­dungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-­mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. meng­isikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (pen­duduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dat] | ڤادت

Definisi : 1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negeri yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padat (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,

2. Bersinonim dengan penuh: sesak, tumpat, penuh pepak, penuh tepu, berasak-asak, bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berjejal-jejal, sendat, rapat, belanar,

3. Bersinonim dengan berisi: bernas, padu, berat, antap,
Berantonim dengan kosong

Kata Terbitan : memadatkan, kepadatan, pemadatan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
capacity~ /audience, crowd/, /para penonton, orang ramai/ yg penuh sesak; be filled to ~, penuh padat, penuh, padat: the hall was filled to ~, dewan itu penuh padat; fill st to ~, memenuhi sst: the rain filled the dams to ~, hujan memenuhi empangan-empangan; seating ~, jumlah tempat duduk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conciseadj ringkas lagi padat: a ~ speech, ucapan yg ringkas lagi padat; a ~ dictionary, kamus yg ringkas lagi padat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compact 1 adj 1. dense, closely-packed, padat: ~ soil, tanah yg padat; 2. made so as to fill small space, padat, kompak: a ~ kitchen, dapur yg kompak; 3. (of language, style, etc) concise, padat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crammedadj (with people) penuh sesak: (with things) penuh padat: a hall ~ with people, dewan yg penuh sesak dgn orang; a suitcase ~ with clothes, beg yg penuh padat dgn pakaian; a ~ schedule, jadual yg penuh padat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firm13. compact, padat: the soil around the base of the tree should be ~, tanah di keliling pangkal pokok itu seharusnya padat; 4. strong, forceful, erat: I kept a ~ hold of my daughter’s hand as we crossed the busy street, saya memegang tangan anak saya erat-erat semasa kami melintasi jalan yg sibuk itu; she felt safe in his ~ embrace, dia berasa selamat dlm pelukannya yg erat; 5. not changing, definite, (of decision, offer) muktamad, tegas; (of appointment etc) muktamad, tetap; (of opinion, belief, etc) tegas, kukuh, teguh; (of news, data, etc) kukuh: we received a polite but ~ refusal, kami menerima penolakan yg sopan tetapi tegas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burst~ with, a. be so full as to almost break open, overflow, penuh padat dgn; (with people) penuh sesak dgn: sacks ~ing with corn, kampit yg penuh padat dgn jagung; the department stores were ~ing with last minute shoppers, gedung serbaneka penuh sesak dgn pembeli saat-saat akhir; b. be full of (joy, enthusiasm, etc) terlalu, amat: she was ~ing with happiness, dia terlalu gembira; ~ing with impatience, tdk sabar-sabar lagi; c. show abundance of (energy, vitality, etc) penuh, sangat: to be ~ing with vitality, penuh bertenaga; ~ing with health, segar-bugar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jam1vt 1. cram, (act.) menyumbatkan, memadatkan; (pass.) padat, sendat, penuh: a drawer ~med with clothes, laci yg padat dgn pakaian; 2. wedge immovably, (act.) approp v [n] + /tersepit, terjepit/; (pass.) tersepit, terjepit: he ~med the table between the cupboard and the wall, dia meletakkan meja itu tersepit di antara almari dan dinding; the child got his fingers ~med in the door, jari anak itu tersepit di celah pintu; 3. fill by crowding, penuh sesak: crowds of people ~med the main streets, jalan-jalan besar penuh sesak dgn orang ramai; 4. cause to become locked, stuck, menyebabkan [n] + approp v: the sudden application of the brakes ~med the wheels, menekan brek dgn tiba-tiba menyebabkan roda tdk dapat bergerak; to ~ the typewriter keys, menyebabkan mata mesin taip tdk dapat ditekan; 5. (radio) mengganggu: to ~ the enemy’s station, mengganggu stesen pemancaran musuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
denselyadv 1. thickly, tebal: a ~ wooded area, kawasan yg berhutan tebal; 2. crowdedly, padat: a ~ populated city, kota yg padat penduduknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compact discn cakera padat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compact cameran kamera /padat, kompak/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas