Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi; ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buah­nya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk meng­gantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malay­sia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak; ~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebe­narnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencam­purkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnah­lah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya; berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya; padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg buahnya menghasilkan beras, Oryza spp.. 2 buah pokok padi yg masih berkulit. ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat-tempat berair. ~ bukit (huma, ladang) padi yg ditanam di tempat-tempat kering. ~ kunca sistem peminjaman wang yg bayarannya dibuat dgn hasil tuaian padi. ~ mahsuri padi hasil kacukan padi Kedah dgn padi Taiwan yg dpt mengeluarkan hasil dua kali setahun. ~ Malinja padi hasil kacukan padi Malaysia, padi India dan padi Jepun. ~ pulut padi yg berasnya lembut dan lekit. padi-padian segala jenis tumbuh-tumbuhan bangsa padi (spt gandum). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata padi I

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(322)
Peribahasa

Padi sekepuk hampa,
     emas seperti loyang,
kerbau sekandang jalang.

Bermaksud :

Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar.

 

Lihat selanjutnya...(59)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
lazy-daisy stitch<i>ni> jahit bunga padi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extent<i>ni> 1. <i>range over which st extends,i> takat: <i>the ~ of his scientific knowledge,i> takat pengetahuan saintifiknya; <i>the ~ of the damage,i> takat kerosakan; 2. <i>area,i> terbentang luas: <i>a vast ~ of padi fields,i> sawah padi yg terbentang luas; in ~, panjangnya: <i>the track is 7 km. in ~,i> balapan itu 7 km panjangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clover<i>ni> klover; /be, live/ in ~, bagai ayam bertelur /di atas padi, dlm kepuk/, hidup senang-lenang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
husk<i>ni> 1. (<i>of grainsi>) sekam, kulit: <i>paddy ~s,i> sekam padi; <i>the ~s of wheat,i> sekam gandum; 2. (<i>of coconuti>) sabut; 3. (<i>of ear of corni>) kulit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bantam<i>ni> 1. <i>small-sized fowl,i> ayam katik; 2. <i>small, aggressive person,i> kecil-kecil /cili, lada/ /padi, api/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
harvest<i>vti> 1. <i>gather,i> a. (<i>grainsi>) menuai, mengetam: <i>the paddy is ready to be ~ed,i> padi itu sudah sampai masanya utk dituai; b. (<i> fruits, leavesi>) memetik; 2. (<i>fig.i>) beroleh; (<i>derogi>) menerima;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hull<i>vt remove the outer covering of,i> a. (<i>graini>) menguliti, membuang sekam: <i>the machine ~s the paddy,i> mesin itu menguliti padi; b. (<i>peasi>) mengopek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
husk<i>vt remove covering ofi> a. (<i>grainsi>) membuang sekam; (<i>using machinei>) memesin; (<i>by poundingi>) menumbuk: <i>to ~ paddy,i> menumbuk padi; b. (<i>coconut, ear of corni>) mengopek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cultivate<i>n vti> 1. <i>prepare land for crop, till,i> mengerjakan, mengusahakan: <i>he cultivated the rice fields across the river,i> dia mengerjakan sawah padi di seberang sungai; 2. <i>plant, raise,i> menanam: <i>a plant ~d for its aromatic seeds,i> pokok yg ditanam utk mendapatkan bijinya yg wangi; 3. <i>break upi> (<i>groundi>) <i>with hoe, cultivator,i> menggemburkan; 4. <i>develop, improve by education, training or study,i> memupuk; (<i>mindi>) membina; (<i>accenti>) memperoleh: <i>good habits that can be ~d,i> tabiat baik yg dapat dipupuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bringe. <i>lessen, reduce st,i> menurunkan sst; (<i>swellingi>) menyusutkan sst: <i>the bumper harvest brought down the price of rice,i> hasil tuaian yg luar biasa banyaknya menurunkan harga padi; <i>this ointment will ~ down the swelling,i> salap ini akan menyusutkan bengkak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas