Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : 1. perbuatan memestikan (orang me­lakukan sesuatu dll); kahwin ~ kahwin tidak dgn suka hati sendiri (kerana desakan, ugutan, dll); kerja ~ kerja tidak dgn kemahuan sendiri (kerana hukuman); 2. kekerasan, tekanan, dll; dgn ~ dgn kekerasan; memaksa memestikan (dilakukan sesuatu), menyuruh dgn paksa: aku tidak ~ engkau mendengar nasihatku; memaksa-maksa meminta dgn sangat, mendesak; memaksakan menyorongkan (menganjur­kan, memberikan, dll): pendapat yg baik tidak payah dipaksakan kpd orang; terpaksa dipaksa, mesti, tidak boleh tidak: mahu tidak mahu, kami ~ bermalam di situ; paksaan 1. paksa, desakan kuat, kekerasan: ~ utk bekerja bagi kepentingan kaum kapitalis tidak ada; tiga setengah tahun lamanya kita menderita ~ dan kekejaman Jepun; 2. yg dipaksa; keterpaksaan keadaan terpaksa: ~ Nila Utama membuang mahkota lambang kekuasaannya ke laut; pemaksaan perihal atau perbuatan memaksa: ia membantah ~ terhadap dirinya; pemaksa orang atau benda yg memaksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : sl masa (waktu, saat) yg baik, peluang (kesempatan) baik: hari ini memang beta mendapat ~; sekali ini ~ tekukurlah mendapat padi rebah; angin ~ angin yg baik (utk bela­yar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : ark bahagian sebelah kiri atau kanan, samping, sisi, belah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : tidak dpt dibantah lagi kerana dimestikan; tidak dgn kemahuan sendiri melainkan kerana desakan: Mereka pergi ke sana bukannya kerana suka melainkan kerana ~. memaksa menyuruh orang melakukan sesuatu dgn tidak boleh tidak; menyuruh dgn paksa: Kita tidak boleh ~ orang melakukan sesuatu yg tidak disukainya. memaksakan menjadikan sesuatu diterima dgn perasaan tidak rela; memberikan sesuatu dgn paksa kpd: Pihak berkuasa tidak boleh ~ peraturan itu kpd orang ramai. terpaksa tidak ada pilihan lain; tidak boleh tidak; mesti: Pd zaman dahulu, orang-orang yg pergi naik haji ~ menunggang unta dr Judah ke Mekah. paksaan hal dipaksa atau dipaksakan; yg dipaksakan; desakan: Ia membantah ~ ke atas dirinya. pemaksaan perbuatan atau hal memaksa: ~ tidak selalunya mendatangkan keburukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : waktu yg baik; kesempatan baik: angin ~ angin yg baik utk pelayaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paksa
Kata Terbitan : memaksa, memaksa-maksa, memaksakan, terpaksa, paksaan, pemaksaan,

Puisi
 

Anak raja jalan berpimpin,
     Jalan mari tepi pantai;
Sudah sampai buah bermusim,
     Paksa kelompang dengan tupai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulan terang paksa baik;
     payang ke laut,
balok pun ke laut juga.

Bermaksud :

Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
forcedadj 1. enforced, paksa: ~ labour, kerja paksa; ~ marriage, kahwin paksa; 2. strained, unnatural, dibuat-buat, dipaksa-paksa: a ~ laugh, ketawa yg dibuat-buat; his manner was stiff and ~, perilakunya kaku dan dipaksa-paksa; 3. emergency, kecemasan: ~ landing, pendaratan kecemasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force2. push, drive with effort, approp v + dgn paksa, memaksa + approp v: he tried to ~ the key into the lock, dia mencuba memasukkan anak kunci itu dgn paksa ke dlm mangganya; we will have to ~ this suitcase open, kita harus membuka beg ini dgn paksa; the police ~d everyone out of the room, polis memaksa semua orang keluar dr bilik itu; he ~d the gun from Azizah’s hand, dia memaksa Azizah melepaskan pistolnya; 3. (lock, door, window) mengopak; (by breaking it) memecahkan: the thieves ~d the door, pencuri-pencuri mengopak pintu itu; he ~d the lock, dia memecahkan mangga itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force-feedvt menyuap paksa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forced labourn buruh paksa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
labour campin kem buruh paksa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laboriousadj 1. requiring great exertion, effort, menjerihkan, memerihkan: carrying bricks is ~ work, mengangkut bata merupakan kerja yg menjerihkan; 2. (liter.) seolah-olah dipaksa-paksa: he has a ~ style of writing, gaya penulisannya seolah-olah dipaksa-paksa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
constrainedadj stiff, unnatural, (of smile) dipaksa-paksa; (of voice) tertahan-tahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laboured, (US) laboredadj 1. (of breathing) sukar: she could hear the invalid’s ~ breathing, dia dapat mendengar pernafasan yg sukar drpd pesakit itu; 2. not spontaneous, dipaksa-paksa: a ~ style of writing, gaya penulisan yg dipaksa-paksa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force4. strain, memaksa-maksa: don’t ~ your voice, jangan dipaksa-paksa suara kamu; 5. cause to mature early, memaksa pertumbuhan sst: we usually ~ rhubarb by placing a pipe over the plant, biasanya kami memaksa pertumbuhan rhubarb dgn menempatkan paip di atas tanaman itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fuckingadj & adv (taboo & offensive outside intimate circles), (preceding v, also ~ well ) sial, celaka, [not translated]: I got on the wrong ~ train and had to get off at King’s Cross, saya naik kereta api yg salah dan terpaksa turun di King’s Cross, celaka betul!; where’s that ~ passport?, di mana pasport sial itu?; if he won’t do it, we’ll have to ~ well make him, kalau dia tak mahu membuatnya, kita paksa dia saja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas