Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.jat] | ڤنجت

Definisi : ; memanjat 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; memanjati memanjat pd: surau di kampung itu dipanjati rumput; memanjatkan 1. menaikkan sesuatu pd; 2.menyampaikan (membaca) doa kpd Tuhan: ~ doa; ~ puji dan puja kpd Tuhan Yang Maha Esa; ~ perkara meminta perkara (tuduhan dll) diulang bicarakan di mahkamah yg lebih tinggi; panjatan 1. tempat utk memanjat, 2. perihal memanjat, pendakian; pemanjat (orang dll) yg memanjat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.jat] | ڤنجت

Definisi : ; memanjat 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. memanjati memanjat pd (bkn tumbuh-tumbuhan dsb): Pokok kacang panjang ~ pancang. memanjatkan 1 menaikkan sesuatu pd; membuat supaya memanjat. 2 membaca doa memohon kpd Tuhan: ~ doa agar anak-anaknya berjaya dlm hidup. panjatan 1 tempat memanjat. 2 pergerakan badan ketika memanjat. pemanjat orang yg memanjat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,

Puisi
 

Kalau tak panjat limau manis,
     Kita tebang batang tebu;
Jika tak dapat yang hitam manis,
     Kita buanglah petua guru.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
climbing-ironsn besi panjat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
climbing framen rangka panjat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cat burglarn pencuri (panjat rumah).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
remountvi 1. get on (horse, bicycle, etc) again, naik semula + approp n: he ~ed and rode off, dia naik semula kuda itu lalu menunggang pergi; 2. climb up again, a. (ladder), pergi /naik, panjat/ semula; b. (hill), /naik, memanjat, mendaki/ semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
neckbreak o’s ~, (colloq) a. exert os, work hard, bekerja bermati-matian, bertungkus lumus: we’d have to break our ~s to meet the deadline, kami terpaksa bertungkus-lumus supaya menepati tarikh akhir; b. be killed doing st, patah tengkuk: don’t climb the tree, you’ll break your ~, jangan panjat pokok itu, nanti patah tengkuk; get it in the ~, (colloq) teruk sso: if your father finds out, you’ll get it in the ~, kalau ayah kamu tahu, teruk kamu; risk o’s ~, menggadai nyawa: he risked his ~ to save the child, dia menggadai nyawa utk menyelamatkan budak itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
danglevi 1. be suspended and free to sway, a. (of key, ear-ring, etc) tergantung; (when many) bergantungan: the watch ~d on a chain, jam itu tergantung pd rantai; all sorts of goods ~d from the rafters of the shop, bermacam-macam jenis barang bergantungan pd kasau-kasau kedai itu; b. (of st long, trailing) meruntai, berjuntai: climbers ~d over the side of the wall, pokok-pokok panjat meruntai di tepi tembok itu; grapes dangling from a trellis, buah anggur yg meruntai dr kisi-kisi; 2. swing loosely, berbuai-buai, berayun-ayun:Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas