Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) ber­cakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : Jw 1. patut, baik, layak: beberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yg ~; katanya tak ~ aku memanggil tukang lawak masuk ke rumah; 2. kena benar (dgn), sesuai (dgn), sepadan (dgn): gaun itu ~ dgn potongan tubuhnya; 3. tampan, segak: kita harus berpakaian yg ~; sebarang kelakuannya ~ manis semuanya; 4. patutlah, padanlah, sudah selayaknya: ~ Sopian mengatakan ia punya adik yg bodoh sekali; ~ tiap-tiap pegawai yg pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka; sepantasnya selayaknya, sepatutnya: “Tidak tuan,” jawabku dgn suara rendah sambil memandang spt orang yg berdosa, hal mana ~ bagi orang yg sudah berkahwin; memantas mengemasi (menghiasi dll) supaya pantas (elok dll), mematut; pemantas perhiasan dll yg dipakai supaya pantas (elok dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.tas] | ڤانتس

Definisi : 1 dpt bergerak atau berlaku dgn cepat; lekas; laju: Mereka terus juga berkayuh dgn ~ menuju ke seberang. 2 dpt berbuat sesuatu dgn mahir; cekap: Kakak saya lebih ~ memasak drpd mengemas rumah. 3 layak; patut: Gaji yg tidak seberapa itu tidak ~ baginya sbg seorang yg mempunyai kepakaran. 4 sesuai; sepadan: Baju yg sangat terang warnanya tidak ~ dipakai oleh orang yg sudah berumur. memantaskan menjadikan pantas; mencepatkan: Aminah ~ langkahnya ketika hampir dgn garisan penamat. kepantasan 1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pantas (adjektif)
1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat, segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat,
Berantonim dengan lembap

2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap,
Berantonim dengan lembam

Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan,

Peribahasa

Pantas seperti lipas.

Bermaksud :

Cepat bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fast1adj 1. quick, quick-moving, swift, a. (of person) cepat, pantas, deras: a ~ runner, pelari yg pantas; a ~ reader, pembaca yg pantas; b. (of animal) tangkas, pantas: a ~ horse, kuda yg pantas; c. (of vehicle) laju, deras: a ~ train, kereta api yg laju; a ~ car, kereta yg laju; d. (of mus) rancak; 2. accomplished in a short time, (dgn) /cepat, pantas/: that was ~ work!, cepat kamu bekerja!; 3. of short duration, singkat; (of journey) memakan /waktu, masa/ yg singkat: a ~ visit, lawatan yg singkat; 4. (of watch, clock) cepat:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jabn 1. quick, straight punch, tumbukan yg pantas: a powerful left ~, tumbukan yg pantas dan kuat dgn tangan kiri; 2. ( colloq) injection, suntikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fleet2adj (liter.); ~ of foot, ~ -footed, pantas, tangkas: a ~ - footed horse, kuda yg pantas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
briskadj 1. quick and active, lively, a. (of person) cergas: a ~ old lady, seorang wanita tua yg cergas; b. (of walk, pace, etc) pantas: they went for a ~ walk, mereka berjalan-jalan dgn pantas; they set off at a ~ pace, mereka membuka langkah pantas; c. (of trade, sales, etc) cergas, giat: trading was ~ on the stock exchange, perdagangan di bursa saham cergas; a ~ demand for cotton goods, permintaan cergas utk barang-barang kapas; 2. sharp and stimulating, invigorating, menyegarkan: ~ weather, cuaca yg menyegarkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fast reactorn reaktor pantas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fast motionn gerak pantas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dashat a ~, dgn /cepat, pantas, tangkas/: the captain rode off at a ~, kapten itu menunggang kudanya lalu pergi dgn cepat; cut a ~, bergaya: she cut a ~ in her flaming red dress, dia bergaya dgn bajunya yg merah menyala itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flitvi 1. a. fly quickly, terbang: a butterfly ~ted past her, seekor kupu-kupu terbang melewatinya; b. move swiftly, bergerak pantas; (of clouds) berarak cepat: the waiters ~ted from table to table, pelayan-pelayan itu bergerak pantas dr meja ke meja; clouds ~ting across the sky, awan berarak cepat di langit; 2. pass quickly, fleet, terkilat, terlintas, terkilas; (of facial expression) terkilat, terbayang: memories of Stratford ~ted through her mind, kenangan di Stratford terlintas di fikirannya; a bitter smile ~ted across her face, senyum pahit terkilat di wajahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fast1adv 1. quickly, a. (rel to manner of walking, running, etc), (dgn) /cepat, laju, pantas, deras/; b. (rel to manner of driving etc), (dgn) /laju, cepat, deras/; c. (rel to manner of speaking etc), (dgn) cepat, pantas, laju; d. (rel to manner of acting, doing st, etc), (dgn) cepat: you have to act ~, kamu mesti bertindak cepat; 2. heavily, in rapid succession, a. (of rain, snow, etc), (dgn) /lebat, lebatnya, deras/; b. (of tears) bercucuran; 3. tightly, rapat(-rapat): his eyes were ~ shut, matanya tertutup dgn rapat; 4. in a dissipated way, (dgn) berfoya-foya: live ~, hidup (dgn) berfoya-foya; 5. soundly, dgn /nyenyaknya, lenanya/: the baby was ~ asleep, bayi itu tidur dgn nyenyaknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hastein ~, a. quickly, dgn /cepat, pantas/; b. rashly, precipitately, (dgn) /gopoh-gapah, tergesa-gesa, terburu-buru/: he was in great ~ to leave, dia tergesa-gesa hendak meninggalkan tempat itu; a letter written in ~, surat yg ditulis dgn gopoh-gapah; make ~, (old use) cepat-cepat, lekas-lekas: she made ~ to tell her mother the good news, dia cepat-cepat memberitahu emaknya berita baik itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas