Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cah] | ڤچه

Definisi : 1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah­-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai­-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ke­tawa; ~ rumah memasuki rumah utk me­rompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diper­baiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi bebe­rapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing­-masing dgn haluannya sendiri), berpecah be­lah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, ting­kap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau seba­hagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai­-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cah] | ڤچه

Definisi : ; ~ payung = ~ piring paya sj tumbuhan (pokok), segading jantan, sampu tikus, terubul, Ixora crassifolia; ~ periuk a) sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, kayu tentulang, penujuh, pial ayam hutan, siantan hutan, Ixora chinensis; b) sj tumbuhan (pokok re­nek), bunga selang, penabas, Ixora lobbii; ~ periuk jantan sj tumbuhan (pokok renek), bunga merah hutan, jambul siul, jarum-jarum, mata pialing, medang asam, seratung padi, Ixora pendula; ~ pianggang sj tumbuhan (pokok renek), kecubung rimba, selumbar, Rancia macrophylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cah] | ڤچه

Definisi : ; ~ periuk a) sj ikan laut, Lobotes surinamensis; b) sj ikan laut, Scolopsis vosmeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cah] | ڤچه

Definisi : 1 menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. 2 menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~-~. 3 terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. 4 tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. 5 bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. berpecah mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu, mereka ~ ke arah masing-masing. berpecah-pecah bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. memecahkan 1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? pecahan 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat, spt , , . ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya, spt , . perpecahan perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. pemecahan perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah 1 orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. 2 alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.cah] | ڤچه

Definisi : ; ~ periuk nama sj pokok renek atau bunganya, Ixora spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah

Puisi
 

Pokok nangka pohon cempedak,
     Pecah-pecah bunga senduduk;
Kecil jangan disangka budak,
     Gajah tersungkur oleh pelanduk.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Seperti telur dua sebandung,
     pecah satu pecah keduanya.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
chappedadj sore and cracked, pecah-pecah: ~ hands, tangan yg pecah-pecah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chap1vi become sore and cracked, pecah-pecah: my lips always ~ in cold weather, bibir saya selalu pecah-pecah dlm cuaca yg dingin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chap1vt cause to become sore and cracked menyebabkan [sst] pecah-pecah: the cold wind ~ped his face, angin yg sejuk menyebabkan kulit mukanya pecah-pecah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
batteredadj 1. bruised (as if) by blows, luka-luka dan lebam-lebam; (of skull) pecah-pecah: the nurse bathes his ~ body, jururawat itu memandikan badannya yg luka-luka dan lebam-lebam; 2. disfigured, damaged by blows, hard usage, etc, a. (of face) cacat: the ~ face of the old boxer broke into a broad smile, petinju tua yg mukanya cacat itu tersenyum lebar; b. (of st made of metal) kemik-kemik: a ~ aluminium teapot, teko aluminium yg kemik-kemik; a ~ old truck, trak lama yg kemik-kemik; c. (of st that can be shattered, broken) rosak, kopak-kapik; (of ship) pecah-pecah dan kopak-kapik: a room full of ~ furniture, bilik yg penuh dgn perabot yg rosak; the once proud ship was a ~ wreck, kapal yg dahulunya menjadi kemegahan, sekarang telah pecah-pecah dan kopak-kapik; d. (of st made of soft, flexible material) renyuk-renyuk: a ~ songkok, songkok yg renyuk-renyuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crackedadj 1. split into fissures, merekah; 2. split into thin lines, retak: the ~ walls of the old castle, dinding istana lama yg retak; 3. (of skin, lips) pecah-pecah; 4. (colloq) crazy, gila, sewel, miring.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burstvt 1. cause to break open, apart, into pieces, etc, memecahkan; (not deliberately, or when subject is not person) menyebabkan [sst] pecah, [sst] pecah: he ~ the balloon with a pin, dia memecahkan belon itu dgn peniti; the blow ~ a blood-vessel in his leg, pukulan itu menyebabkan saluran darah pd kakinya pecah or saluran darah pd kakinya pecah akibat pukulan itu; the river will ~ its banks, tebing sungai itu akan pecah; 2. cause to explode, menyebabkan [sst] meletup, [sst] meletup: the lorry ~ a tyre at the corner, tayar lori itu meletup di selekoh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dashout; ~ o’s brain out, sso pecah kepala, kepala sso pecah; ~ so’s brains out, memecahkan kepala sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burstvi 1. break open, apart, into pieces, etc, pecah: that bag is ~ing, beg itu hendak pecah; the dam ~ during the floods, empangan itu pecah semasa banjir; the pain will ease when the abscess ~s, kesakitan itu akan mereda setelah bisul itu pecah; the bubble ~ in the air, gelembung itu pecah di udara; 2. explode, meletup: one of the tyres ~, salah satu drpd tayar itu meletup; 3. also ~ open, (of leaf, flower bud) mengembang, memekar: in spring the flower buds ~ open, kudup-kudup bunga memekar dlm musim bunga; 4. also ~ out, come forth forcefully, tercetus keluar: the words ~ from his mouth, kata-kata itu tercetus keluar dr mulutnya; let o’s anger ~ out, melepaskan kemarahan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
break~ up, a. divide into smaller parts, berpecah-pecah: when the ice ~s up in spring, apabila ais berpecah-pecah dlm musim bunga; the clouds broke up and the sun came out, awan berpecah-pecah dan matahari pun muncul; b. be destroyed, disintegrate, pecah; (due to explosion) berkecai: the ship broke up after being pounded by heavy seas, kapal itu pecah setelah dipukuli gelombang besar; the aircraft broke up in mid-air, kapal terbang itu berkecai di udara; c. (cease, dissolve) hancur, musnah; (separate) berpisah; (of group of people) berpecah: their marriage has broken up, perkahwinan mereka sudah hancur; gossip has it that Ganesan and Sally have broken up, menurut desas-desus, Ganesan dan Sally sudah berpisah; the band broke up after two years, kugiran itu berpecah selepas dua tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brokenadj 1. shattered, pecah: a ~ windscreen, cermin depan yg pecah; a ~ cup, cawan yg pecah; a piece of ~ /glass, metal, etc/, serpihan /kaca, logam, dll/; 2. severed, putus: the detectives examined the ~ rope, mata-mata gelap memeriksa tali yg putus itu; a ~ light beam, alur cahaya yg putus; he tried to repair their broken relationship, dia mencuba memulihkan hubungan mereka yg putus; 3. snapped, fractured, patah: a badly ~ arm, tangan yg patah teruk; one of the table’s legs is ~, salah satu drpd kaki meja itu patah; the gardener cleared away the ~ branches, tukang kebun itu membuang ranting-ranting yg patah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas