Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cut] | ڤچوت

Definisi : cambuk, cemeti; memecut 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merang­sang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan ber­gerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram; pecutan hasil memecut: dgn sekali ~, dia sudah berdiri; kepecutan kepantasan memecut; pemecutan perihal (perbuatan dsb) meme­cut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cut] | ڤچوت

Definisi : alat yg biasanya dibuat drpd tali yg diberi bertangkai dan digunakan utk menyebat; cemeti; cambuk. memecut 1 menyebat dgn pecut: ~ kuda. 2 ki menggiatkan; menggalakkan: tidak mahu bekerja jika tidak dipecut. 3 ki memandu kenderaan (kereta, motosikal dsb) dgn laju: Tiba-tiba sahaja dia ~. memecutkan menambah kelajuan sesuatu gerakan (spt kereta); menjadikan sesuatu lebih laju gerakannya: Dia ~ keretanya utk mengejar penjahat itu. pecutan 1 kadar perubahan halaju (sesuatu gerakan) dlm satu unit masa tertentu. 2 gerakan memecut: ~ yg tiba-tiba itu telah memeranjatkan penumpang keretanya. pemecutan perbuatan atau hal memecut: Sebarang benda yg mempunyai halaju yg bertambah mengikut masa dikatakan mengalami ~. pemecut ist perkakasan atau perisian tambahan yg mempercepat pemprosesan sedia ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecut (kata nama)
Bersinonim dengan cambuk, cemeti, sambuk, pecut, senawat;,
Kata Terbitan : memecut, kepecutan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
gunbig ~s, (sl) orang atas-atas; give it the ~, (colloq) pecut; going great ~s, sedang maju; jump the ~, (colloq) bertindak sebelum masanya; stick to o’s ~s, (fig.) berpegang teguh pd pendirian: you’ve got to stick to your ~s whatever the outcome, kamu mesti berpegang teguh pd pendirian kamu walau apa pun yg terjadi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas