Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.dih] | ڤديه

Definisi : 1. rasa sakit spt apabila luka kena air limau (mata kena asap dll): kulit mukanya terasa ~ kena matahari; 2. = ~ hati a) sangat pilu atau sedih; b) sakit hati: ia berasa ~ mendengar ucapan itu; 3. menyakitkan: azab yg amat ~; ~ hulu hati rasa pedih pd hulu hati yg menaik hingga ke leher dan tekak, kadangkala disertai dgn rasa masam di tekak, disebabkan penyongsangan aliran asid dr perut ke atas; memedihkan menjadikan pedih: asapnya ~ mata; ia mengeluarkan kata-kata yg ~ telinga; kepedihan 1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apa-bila lukanya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~; pemedih sesuatu yg memedihkan: gas ~ mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.dih] | ڤديه

Definisi : 1 (be)rasa sakit spt rasa ketika luka terkena air limau. 2 = ~ hati a. sangat sedih. b. sakit hati. memedihkan 1 menyebabkan berasa pedih; menjadikan pedih: Air sabun ~ mata. 2 menyedihkan hati; menyakiti hati: Dia telah mengeluarkan kata-kata yg ~. kepedihan 1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati): ~ di hatinya tidak dpt dibendung lagi. pemedih sesuatu yg digunakan utk memedihkan (mata dll): gas ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pedih (adjektif)
1. Bersinonim dengan bisa: ngilu, perit, perih, sembiluan,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan sakit hati, geram, patah hati, kecewa,

3. Bersinonim dengan sakit: azab, sengsara,

Kata Terbitan : memedihkan, kepedihan,

Puisi
 

Sayang rokok hisap di mulut,
     Asap dia gulung ke pipi;
Tuan bercakap manis di mulut,
     Saya mendengar pedih di hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seorang cecak,
     semuanya merasa pedih.

Bermaksud :

Kalau seorang berbuat salah, maka kaum keluarganya akan turut merasa malu. cecak = cubit.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
achevt 1. be painful, sakit: his head ~d all day, kepalanya sakit sepanjang hari; 2. be distressed, (berasa) pedih: her heart ~d at the sight of the war orphans, pedih hatinya melihat anak-anak yatim mangsa perang itu; 3. yearn, ingin sekali, berhasrat benar: he ~d to go home, dia ingin sekali hendak pulang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heartburnn pedih hulu hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burn3. be, feel hot, membahang, menjadi /panas, hangat/: his body ~ed with fever, badannya membahang krn demam; 4. feel sensation or pain, berasa /pedih, perit/: the ointment made my skin ~, salap itu membuat kulit saya berasa pedih; 5. be hurt, injured by fire or friction, melepuh, melecur; (by sun’s rays) terbakar, terselar: her skin ~s easily, kulitnya mudah terselar; 6. (in cooking) char, become scorched, hangus: the steak has ~t, stik itu sudah hangus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blisteringadj 1. scorching, panas terik: the ~ sun, cahaya matahari yg panas terik; 2. extremely harsh, a. (of words) tajam, pedih; b. (of look, tongue, criticism) tajam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burn4. use as fuel for lighting, heating, etc, menggunakan: ships now ~ oil instead of coal, kapal-kapal sekarang menggunakan minyak dan tdk lagi menggunakan arang batu; 5. cause to feel uncomfortably hot, membakar: the hot sand ~ed our feet, pasir yg panas itu membakar kaki kami; 6. cause to smart, feel stinging pain, menyebabkan berasa /pedih, perit/; (in the mouth, throat, etc) menyebabkan berasa terbakar: the chillies ~ed my tongue, cili itu menyebabkan lidah saya berasa terbakar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas