Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ber.si.han] | ڤمبرسيهن

Definisi : 1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ber.si.han] | ڤمبرسيهن

Definisi : perbuatan membersihkan: Abang saya bekerja di sebuah pusat ~ minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembersihan


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
clean-upn (fig.) gerakan pembersihan: a ~ in the police force, satu gerakan pembersihan dlm pasukan polis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas