preservation | n 1. act of preserving, pemeliharaan; (of food substances) pengawetan: the ~ of peace in the world is one of the main objectives of the United Nations, pemeliharaan keamanan dunia adalah salah satu objektif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; these rangers are responsible for the ~ of wild life, renjer hutan ini bertanggungjawab thdp pemeliharaan hidupan liar; there are several methods for the ~ of fruits and vegetables, ada beberapa kaedah pengawetan buah-buahan dan sayur-sayuran; 2. also state of ~, terawet: the rock engravings were in an excellent state of ~, turisan batuan itu dlm keadaan terawet yg baik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
kennel | n 1. dog house, rumah anjing; 2. (in pl) boarding establishment for dogs, tempat pemeliharaan anjing; 3. mean dwelling, pondok, gubuk, teratak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
child | n 1. young human being, kanak-kanak: ~ren of the same age, kanak-kanak yg sebaya umurnya; ~ rearing, pemeliharaan kanak-kanak; ~ welfare, kebajikan kanak-kanak; 2. offspring, anak: the couple has two ~ren, pasangan itu mempunyai dua orang anak; 3. unborn baby, anak; be with ~, mengandung, hamil. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |