Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nger.tian] | ڤڠرتين

Definisi : 1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nger.tian] | ڤڠرتين

Definisi : 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengertian


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
assume9. take on, [various translations]; (visible form) menjelma menjadi: our plans are at last assuming shape, rancangan kami akhirnya menjadi kenyataan; everything ~d a new significance, segala-galanya mendapat pengertian baru; his illness ~d a grave character, penyakitnya menjadi teruk; it was said that the witch could ~ the shape of a wolf, kata orang, ahli sihir itu dapat menjelma menjadi serigala; 10. usurp, appropriate, merampas, merebut: the rebels ~d control of the southern islands, pemberontak-pemberontak itu telah merampas kuasa di pulau-pulau selatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abstractvt 1. separate, remove, memisahkan: to ~ metal from ore, memisahkan logam drpd bijih; 2. regard abstractly, mengabstrakkan: one of man’s greatest feats was to ~ the idea of number, salah satu kejayaan manusia yg terbesar ialah mengabstrakkan pengertian nombor; 3. (euphem) steal, kebas, mengambil; 4. summarize, mengikhtisarkan, meringkaskan, mengintisarikan: to ~ an article, mengikhtisarkan makalah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
improperadj 1. inappropriate, unfit, tdk /sopan, elok/; (with infin) tdk elok: such behaviour would be considered ~ by your grandmother, perangai begitu dianggap tdk sopan oleh nenek kamu; it would be ~ for you to suggest such a thing, tdk elok kamu mencadangkan perkara spt itu; 2. inaccurate, incorrect, salah: the word is often used in an ~ sense, perkataan itu selalunya digunakan dlm pengertian yg salah; an ~ diagnosis, diagnosis yg salah; ~ use of (funds etc) menyalahgunakan (wang dsb); 3. indecent, indelicate, tdk senonoh: the man made an ~ suggestion to her, lelaki itu membuat cadangan yg tdk senonoh kepadanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas