Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu] | ڤڽو

Definisi : sj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak men­jadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu] | ڤڽو

Definisi : beberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penyu (kata nama)
Bersinonim dengan tuntung, katung, kambar, kambau, kura-kura besar, agal, labi-labi, abau.,

Puisi
 

Kuala Abang pasirnya putih,
     Tempat penyu membuat sarang;
Apa guna hati merintih,
     Kekasih sudah dipinang orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
beakn 1. (of bird) paruh, cotok; 2. (of other animals) muncung: the ~ of the turtle, muncung penyu; 3. hooked nose, hidung cangkuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
egg1n 1. reproductive body laid by females of birds etc, telur: chickens are hatched from ~s, anak ayam menetas drpd telur; lay an ~, lay ~s, bertelur: the turtle lays its ~s in the sand, penyu itu bertelur dlm pasir; 2. (as food) telur: hard-boiled ~, telur rebus keras; fresh ~s, telur baru; poached ~, telur rebus carak; >scrambled ~, telur masak hancur; soft-boiled ~, telur setengah masak; ~ custard, kastard telur; fried ~,telur mata /lembu, sapi/; 3. (biol) ovum, telur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas