[pe.pat] | ڤڤات
Definisi : rata kerana dikerat (dipenggal dll), dempak: giginya yg tidak ~ itu berceranggah-ceranggah; tiga hari ~ Mn tiga hari betul (genap); ~ di luar rencong (pancung) di dalam prb baik pd lahirnya tetapi hatinya jahat; memepat 1. mengerat utk diratakan, memangkas, mendabung, meratakan: kumisnya dipepat menurut aturan orang soleh-soleh; 2. memaras (beras dlm sukatan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.pat] | ڤڤات
Definisi : rata atau sama kerana dikerat: Kukunya dikerat ~. memepat 1 mengerat supaya rata: ~ kuku. 2 meratakan beras dll dlm sukat dgn menggunakan sebilah kayu dll; memaras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)