Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
govi 1. move, travel to particular destination or for particular purpose, pergi: she ~es to market every Sunday, dia pergi ke pasar setiap hari minggu; let’s ~ swimming, mari kita pergi berenang; I’ll ~ and see what they are doing, saya akan pergi melihat apa yg mereka sedang buat; he wants to ~ to Italy next year, dia hendak pergi ke Itali tahun depan; the two ladies went aside to talk privately, kedua-dua wanita itu pergi ke sisi utk bercakap secara sulit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ over to, a. move across a distance to a place, pergi ke: we’ll ~ over to Sam’s house tonight, kita akan pergi ke rumah Sam malam ini; b. move over a distance to a person, pergi /pada, mendapatkan/: the little boy went over to the policeman to ask him the way, budak kecil itu pergi mendapatkan polis utk bertanyakan jalan; c. cross river, lake, etc, menyeberang; d. (in broadcasting), (pergi) ke: we’ll now ~ over to Johore Bahru for the direct telecast of the Independence Day celebrations, sekarang kita akan ke Johor Bahru utk siaran langsung perayaan Hari Kemerdekaan; e. change allegiance, berpaling, bertukar haluan: many members have ~ne over to the new party, ramai ahli telah berpaling kpd parti baru itu; f. change religion, bertukar agama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gotiga ringgit sebuah; h. move to a place for the purpose of, pergi: to ~ for a walk, pergi berjalan-jalan; to ~ for a swim, pergi berenang; ~ for nothing, sia-sia saja: all his efforts went for nothing, segala usahanya sia-sia saja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eitheradv pun ... (juga), juga ...: if he doesn’t go, I’ll not go ~, kalau dia tak pergi, saya pun tak pergi juga; “I haven’t been to Malaysia”. “I haven’t ~”, "Saya belum pernah ke Malaysia”. “Saya juga belum”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ ahead, a. proceed first, pergi dahulu: the group leader went ahead to survey the area, ketua kumpulan itu pergi dahulu utk meninjau kawasan itu; b. proceed without interruption, teruskan: if you want to take the risk, ~ ahead, jika kamu mahu menghadapi risikonya, teruskan; c. take action on o’s own, pergi: you can ~ ahead and report me to the police, kamu boleh pergi dan membuat aduan ttg saya kpd polis; d. progress, maju; (of work) berjalan: if a person wants to ~ ahead he must be prepared to work hard, jika hendak maju seseorang mestilah bersedia utk bekerja kuat; work on the bridge is ~ing ahead, kerja-kerja membina jambatan sedang berjalan; e. continue with journey, meneruskan perjalanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drive~ off, a. see ~ away; b. (of vehicle) meluncur pergi: the car drove off with a squeal of tyres, kereta itu meluncur pergi dgn bunyi tayar yg menciut; ~ so. off, cause so. to leave in a vehicle, membawa pergi: the lady was ~n off in a Rolls Royce, wanita itu dibawa pergi dgn kereta Rolls Royce;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drive~ away, pergi (dgn + approp n): I saw him ~ away, saya nampak dia pergi dgn kereta; ~ so. away, a. expel so, /mengusir, menghalau /sso: he drove the begger away, dia mengusir pengemis itu; b. compel so. to depart, menyebabkan sso lari: his unfriendly attitude drove away his customers, sikapnya yg tdk mesra telah menyebabkan pelanggan-pelanggannya lari; ~ st away, dispel st, menghilangkan sst: the doctor’s reassurances drove away his fears, kata-kata doktor yg menenteramkan hati itu telah menghilangkan rasa takutnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bugger~ off, (colloq) pergi: ~ off! You’re nothing but a nuisance, pergi! Kamu ini mengacau saja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ off, a. leave, pergi: don’t ~ off without me, jangan pergi tanpa saya; b. be fired, explode, meletup: the gun went off accidentally, senapang itu meletup dgn tdk sengaja; c. (of alarm, alarm clock) berbunyi; d. (colloq) deteriorate, merosot, menurun: the player’s form has ~ne off lately, prestasi pemain itu telah merosot akhir-akhir ini; e. turn sour, menjadi masam; f. go bad, menjadi busuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drag~ away, /mengheret, menyeret/ (pergi): she screamed as she was ~ged away, dia menjerit semasa diheret pergi; ~ os away from, berasa berat utk meninggalkan; ~ o’s eyes away, berasa berat utk mengalihkan pandangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas