Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kata yg menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu, arahan, suruhan: guru memberi ~ “lompat” dan murid sekalian serentak melompat; manusia dipertanggungjawabkan oleh agama supaya melaksanakan segala ~ Tuhan; atas ~ dgn perintah, utk melaksanakan segala perintah; di bawah ~ a) diarahkan oleh; b) di bawah pimpinan; c) masuk dalam lingkungan (kawalan); surat ~ surat yg mengandungi perintah; 2. peraturan drpd kerajaan atau pihak yg berkuasa yg harus dipatuhi: kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan semua tunjuk perasaan di seluruh negara; 3. kata-kata suruhan (dlm perbarisan dll), aba-aba, komando; ~ berkurung perintah yg melarang orang ke­luar dr rumah pd masa-masa yg ditentukan; ~ halus perintah yg berupa nasihat (cadangan dll); ~ keras perintah yg mesti dipatuhi; seperintah menurut segala perintah (ibu bapa dll): menurut adat istiadat kita, anak ~ bapak dan kemanakan ~ mamak; memerintah 1. mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh (mengarahkan) melaku­kan sesuatu: jika hendak menegah sesuatu perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati dahulu; 2. menguasai dan mengurus (negara, orang, dll): menurut sistem demokrasi, kerajaan yg dipilih rakyat ~ negeri; memerintahi 1. memberi (mengeluarkan) perintah kpd: sbg ketua ia ~ orang-orang di bawahnya; 2. membawahkan, memimpin; 3. ark memerintah (menguasai dan mengen­dalikan): selama tiga tahun setengah, Malaya diperintahi Jepun; memerintahkan 1. memberikan perintah kpd, mengarahkan supaya mengerjakan: ke mana juga ia diperintahkan pergi, ia mesti patuh; 2. memerintah (menguasai dan men­tadbir negeri dll): duduklah ia ~ negeri Pahang sementara belum beraja; 3. mengelolakan, mengurus (kawasan dll); terperintah diperintah, dikuasai: bagi saya orang yg ~ ini, disuruh pergi ditegah berhenti; pemerintahan perihal memerintah, cara (sistem) memerintah, pentadbiran: di bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yg luas; ~ sewenang-wenang (Udg) sistem pe­merintahan yg tidak dibatasi oleh undang-undang; pemerintah 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perkataan dsb yg bermaksud menyuruh melakukan sesuatu: Kita hendaklah sentiasa melaksanakan ~ Allah. 2 peraturan atau arahan drpd pihak yg berkuasa yg mesti dipatuhi: Kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan pemogokan. memerintah 1 menyuruh (seseorang) melakukan sesuatu; mengeluarkan perintah kpd: Sesiapa pun tidak berani ~ dia. 2 menguasai serta menjalankan pentadbiran sesebuah negara: Baginda telah ~ negeri itu selama dua belas tahun. memerintahkan mengeluarkan perintah atau arahan; mengarahkan supaya melakukan sesuatu: Menteri Dalam Negeri telah ~ penangkapan orang-orang yg disyaki membahayakan negara. pemerintahan perbuatan memerintah; cara memerintah: Pusat ~ negeri Pahang telah dipindahkan dr Kuala Lipis ke Kuantan. pemerintah orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perintah (kata nama)
1. Bersinonim dengan suruhan: arahan firman, sabda, amar, titah rodi, aba-aba, komando,
Berantonim dengan larangan

2. Bersinonim dengan peraturan: undang-undang, hukum, kanun,

Kata Terbitan : memerintah, memerintahkan, pemerintahan, pemerintah,

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
commandn 1. order, perintah; (of king) titah: he is fond of giving ~s, dia suka memberi perintah; the Colonel gave the ~ to fire, Kolonel itu memberi perintah utk menembak; 2. authority, right to command, kuasa; (mil) kuasa pemerintahan: the army was under the ~ of General Lee, tentera itu di bawah kuasa pemerintahan Jeneral Lee; 3. mastery, control, mengawal; (of language) penguasaan: he has little ~ over himself, dia tdk dapat mengawal dirinya dgn baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curfewn perintah berkurung: to impose a ~, menguatkuasakan perintah berkurung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
biddingat so’s ~, atas /perintah, suruhan/ sso; /do, follow/ so’s ~, /melaksanakan, menurut/ /perintah, suruhan/ sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
biddingn 1. command, order, perintah; (of royalty) titah perintah; 2. request, suruhan; 3. act of making bids, penawaran, pembidaan: the ~ will begin in an hour, pembidaan itu akan bermula dlm masa sejam; 4. bids made, tawaran, bida;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
commandvi 1. order, memberi perintah: God ~s and man obeys, Tuhan memberi perintah dan manusia mematuhinya; 2. be in command, memegang kuasa: he is not fit to ~, dia tdk layak memegang kuasa di sini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
commandat o’s ~, berkuasa /thdp, ke atas/: he seems to have unlimited money at his ~, nampaknya dia berkuasa thdp jumlah wang yg tdk terhad banyaknya; be at so’s ~, bersedia menurut perintah sso: I am at your ~, saya bersedia menurut perintah puan; (do st) /at, by/ so’s ~, (membuat sst) atas arahan sso; (of royalty) atas titah perintah baginda; have ~ of, /berkuasa, mempunyai kuasa/ di: Britain had ~ of the seas, Britain mempunyai kuasa di laut; in ~, menguasai keadaan; (mil) memegang kuasa: he was once again in ~, dia sekali lagi menguasai keadaan; the officer in ~, pegawai yg memegang kuasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearance~ order, perintah pemugaran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interdictn (RC) perintah larangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
control commandsn perintah kawalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
command postn pos perintah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas