Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ci/] | ڤيچيق

Definisi : 1. tidak lebar (luas), sempit: kamar yg ~ lagi kotor; 2. tidak luas, sempit, cetek (pan­dangan, fikiran, pengetahuan, dll): bertambah-tambah pula ~ pengetahuanku dlm ilmu mengarang; 3. sempit, susah (wang, peng­hidupan, dll): kalau kita sesak dan ~ wang, tidak ada siapa boleh memberi; 4. Jk tidak boros, cermat, hemat; memicikkan menyempitkan, mengurang­kan, dll; kepicikan perihal picik (tempat, fikiran, wang, dll): pd masa ~ wang ia akan menanti di lorong-lorong yg gelap utk merompak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ci/] | ڤيچيق

Definisi : 1 tidak luas atau tidak lebar; sempit: kamar yg ~. 2 tidak luas pandangannya atau fikirannya; sempit atau cetek fikirannya dll: ~ pengetahuanku ttg ilmu karang-mengarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
picik (adjektif)
1. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan sempit, kecil, kupit, kopet, kincup, ciut,

2. Dalam konteks fikiran
bersinonim dengan sempit, cetek, dangkal, singkat, pendek akal, pendek kira-kira, cupet,
Berantonim dengan luas

3. Dalam konteks keadaan
bersinonim dengan susah, payah, sempit, sesak, sengsara, melarat, miskin, papa, terdesak, tersepit, terhimpit,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : memicikkan, kepicikan,

Peribahasa

Seperti katak di bawah tempurung.

Bermaksud :

Amat picik pengetahuannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hideboundadj narrow-minded, sempit fikiran, picik: a ~ bureaucrat, birokrat yg sempit fikiran; a ~ attitude, sikap picik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas