[pi.na.ngan] | ڤينڠن
Definisi : 1. permintaan utk menjadikan isteri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pi.na.ngan] | ڤينڠن
Definisi : permintaan meminang; lamaran: ~ Raja Benggala akan puteri Raja Yeman itu telah ditolak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)