Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tu] | ڤينتو

Definisi : 1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk men­capai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan per­bandaran); ~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi); ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana; bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya; berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl meng­ikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tu] | ڤينتو

Definisi : 1 lubang atau ruang tempat keluar masuk pd rumah dll. 2 papan dll penutup ruang tempat keluar masuk. 3 penjodoh bilangan utk rumah; buah: Enam ~ rumah kedai habis dimakan api. ~ air pengempang air yg dpt diturunkan dan dinaikkan. ~ angin lubang kecil tempat angin keluar masuk. ~ gerbang pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). ~ maling pintu kecil di sisi atau di belakang rumah. ~ mati pintu yg tertutup kemas-kemas dan tidak dpt dibuka-buka. ~ monyet pintu berdaun dua (satu di atas dan satu di bawah). ~ sorong pintu yg perlu disorong (ke kiri atau ke kanan) utk membuka atau utk menutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,

Puisi
 

Putik belimbing digetu-getu,
     Dari Kedah ke Tanah Liang;
Jentik dinding bukalah pintu,
     Pintu terdedah sampai siang.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Bagai pintu tak berpasak,
     perahu tak berkemudi.

Bermaksud :

Sesuatu yang membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
doorn pintu: front ~, pintu depan; sliding ~, pintu gelangsar; ~ handle, pemegang pintu; go through that ~, masuk melalui pintu itu; the ~ to success, pintu kejayaan; behind closed ~s, secara tertutup: the Security Council met behind closed ~s to debate on the issue, Majlis Keselamatan bertemu secara tertutup utk membahaskan isu itu; /blame, fault, etc/ lies at so’s ~, sso patut dipersalahkan: I felt as though the blame lies at my ~, saya berasa seolah-olah saya yg patut dipersalahkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jambn (of door) jenang (pintu), tiang pintu; (of window) jenang (tingkap, jendela), tiang /tingkap, jendela/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doorlay the blame at so’s ~ mempersalahkan sso; leave the ~ open, membuka pintu: the visit by the Prime Minister left the ~ open for further negotiations, lawatan Perdana Menteri itu membuka pintu utk rundingan selanjutnya; /open, close/ the ~, /membuka, menutup/ pintu: the signing of the agreement will open the ~ to better trade opportunities with the West, perjanjian yg ditandatangani itu akan membuka pintu kpd peluang perdagangan yg lebih baik dgn negara-negara Barat; out of ~s, di luar: it was much warmer out of ~s, lebih panas lagi di luarKamus Inggeris-Melayu Dewan
gaten 1. doorlike structure in fence, wall, etc, a. (gen) pintu pagar: my backyard has a ~, kawasan belakang rumah saya berpintu pagar; b. (of railway) pagar (kereta api); c. (of walled city) pintu kota; d. (of palace, temple) pintu gerbang, gapura; e. (of canal, dam) pintu air; 2. numbered exit leading to aircraft, pintu: to board the aircraft from ~ 8, menaiki kapal terbang melalui pintu nombor 8; 3. mountain pass, genting; 4. total attendance at sporting events, jumlah penonton; 5. see GATE MONEY.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back-dooradj melalui /pintu, jalan/ belakang: ~ dealings, urusan-urusan yg melalui pintu belakang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heelpostn (of door) tiang pintu; (of gate) tiang pintu pagar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back doorn 1. pintu belakang; 2. (fig.) /pintu, jalan/ belakang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exitn 1. way out, pintu keluar: an emergency ~, pintu keluar kecemasan; 2. act, instance of going out, keluar; make o’s ~, keluar; 3. (on motorway) jalan keluar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
entrance 1 n 1. way in (door, gate) pintu masuk; (passage, road, etc) jalan masuk: the ~ is at the side, pintu masuk di tepi; the ~ to the caves has been blocked, jalan masuk ke gua itu telah disekat; 2. a. coming in, arrival, kemasukan, masuk: the audience applauded the ~ of the soloist, para penonton bertepuk sorak semasa penyanyi solo itu masuk; b. way so. enters a room, masuk: the celebrated actress made a grand ~, pelakon terkenal itu masuk dgn hebatnya; c. (theatr) masuk (ke pentas): the heroine does not make her ~ until Act II, heroin itu masuk ke pentas hanya dlm Babak II; 3. admission, masuk; (attrib) kemasukan: they were refused ~ because they were wearing flip-flops, mereka tak dibenarkan masuk krn memakai selipar; ~ examination, peperiksaan kemasukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
latchn selak: the ~ of the gate is rusty, selak pintu pagar itu berkarat; be/ off on/ the ~, tdk berkunci: she left the door on the ~ when she went out for a walk, dia biarkan pintu itu tdk berkunci semasa dia keluar berjalan-jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas