Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung kecil, mentua pelanduk, Motacilla cinerea melanope; ~ anggerik sj burung kecil, kelicap berjambul, Yuhina zantholeuca interposita; ~ padang sj burung kecil, apit-apit, cak padang (tanah), lak padi, lancar-lancar, seri lancar, Anthus novaesee landiae malarensis; ~ padi = ~ uban sj burung kecil, cak padi, ciak, Munia maja maja; ~ pinang sj burung kecil, Munia punctulata fretensis; ~ rumah sj burung kecil, Passer montanus malaccensis; ~ tuli sj burung kecil, Munia striata subsquamicollis; ~ berperang dgn garuda prb orang kecil melawan orang besar; ~ bukan seeekor, jagung bukan sebatang prb jawaban utk me­nolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan; ~ hendak jadi enggang prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan; ~ meminang anak enggang prb orang kecil (hina) hendak meminang anak orang besar (mulia); ~ pekak makan berhujan prb sangat rajin; ~ menelan jagung prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya akhirnya akan men­dapat kesusahan; ~ sama ~, yg enggang itu sama enggang juga = ~ sama enggang mana boleh terbang bersama prb a) perjodohan atau persahabatan akan sempurna kalau sama darjat; b) bergolong-golong mengikut taraf atau darjat masing-masing; ~ tuli makan berhujan, tak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah prb serba salah utk menyelesaikan pekerjaan yg sulit (jika diteruskan pun berbahaya); ~ yg makan padi, merbah terbawa rendong prb orang lain yg mendapat kesenangan, orang lain yg menanggung aki­batnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pipit I

Puisi
 

Burung pipit burung kedidi,
     Hinggap di pokok di tepi sawah;
Jika hidup tidak berbudi,
     Ibarat pokok tidak berbuah.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Yang enggang sama enggang juga,
     yang pipit sama pipit juga.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dimple<i>vti> 1. <i>form small hollow ini> (<i>cheeki>), /lesung pipi, lesung pipit, cawak/ kelihatan: <i>the smile ~d her cheek,i> lesung pipit di pipinya kelihatan apabila dia tersenyum; 2. <i>form ripples ini> (<i>wateri>) menyebabkan [sst] beriak-riak: <i>raindrops ~ed the surface of the lake,i> titik-titik hujan menyebabkan permukaan tasik itu beriak-riak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dimple<i>n small hollow in cheek,i> lesung /pipi, pipit/, cawak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dimple<i>vi show small hollowi> (<i>in cheeki>), /lesung pipit, lesung pipi, cawak/ [sso] kelihatan: <i>she ~d with laughter,i> lesung pipitnya kelihatan apabila dia ketawa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chirp<i>ni> (<i>of birdsi>), (bunyi) /cicip, ciap, cicit/: <i>the sparrow’s ~,i> bunyi ciap burung pipit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clutch 2<i>ni> 1. <i>nest of eggs,i> sangkak: <i>a ~ of sparrow’s eggs,i> sesangkak telur burung pipit; 2. <i>brood of chicks,i> anak ayam sepenetasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cock<i>ni> 1. <i>rooster,i> ayam jantan; 2. a. <i>any male bird, approp ni> + jantan; b. (<i>attribi>) jantan: <i>~ sparrow,i> pipit jantan; 3. <i>hammer of gun,i> pencekah; 4. <i>seei> WEATHERCOCK (<i>sensei> 1.); 5. (<i>taboo & sli>) batang; 6. (<i>of pipei>) <i>stopcock,i> pili penutup; 7. (<i>sli>) <i>nonsense,i> karut; 8. (UK), (<i>sli>), (<i>friendly form of addressi>) beb;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inhabit<i>vti> (<i>fmli>) <i>live in,i> mendiami, tinggal di: <i>the creatures that ~ the earth,i> makhluk yg mendiami bumi; <i>a thick bush that was ~ed by a family of sparrows,i> semak yg tebal yg didiami oleh sekawan burung pipit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chick<i>ni> 1. <i>young of any bird,i> anak, anak +<i> equivalent for parent bird: two ~s nestling in the nest,i> dua ekor anak murai [anak merpati, anak kenari, <i>as appropi>] dlm sarangnya; <i>a sparrow feeding its ~s,i> burung pipit sedang memberi anaknya makan; <i>three lost ~s looking for their mother,i> tiga ekor anak ayam yg sesat sedang mencari ibunya; 2. (<i>sli>) <i>young woman,i> si genit, si manis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alight 1 <i>vii> 1. <i>dismount,i> turun: <i>she stumbled as she ~ed from the train,i> dia tersandung ketika turun dr kereta api; <i>he ~ed at the National Museum,i> dia turun di Muzium Negara; 2. <i>land lightly,i> hinggap: <i>a little sparrow ~ed on the fence,i> seekor burung pipit hinggap di atas pagar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas