Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ji] | ڤوجي

Definisi : (pernyataan) penghargaan kpd kebaikan (kelebihan dll): segala ~ bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam; puja ~ bermacam puja dan puji; memuji 1. menyatakan penghargaan kpd sesuatu yg baik (indah dll): sumbangannya yg begitu besar terhadap masyarakat mesti disanjung dan dipuji; 2. memuliakan, me­nyanjung (nama Tuhan dll): ~ nama Tuhan; memuji-muji sangat memuji, berkali-kali memuji: baginda ~ kepandaian ahli nujum Belalang itu; memujikan menyatakan (menganjurkan) bahawa elok (utk dipakai dll): para guru dan pendidik ~ penggunaan buku itu; terpuji 1. (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya; 2. sangat baik (mutu dll), termasyhur kebaikannya (mutunya dll): sifat-sifat yg ~; pujian pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd murid-muridnya; ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya; doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi pernyataan memuji; puji-pujian 1. perkataan memuji-muji ke­baikan (kelebihan dll) sesuatu; 2. ayat-ayat pd permulaan surat dll yg berisi pujian kpd orang yg dikirimi surat itu; kepujian 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian; pemujian hal atau perbuatan memuji; pemuji orang yg memuji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ji] | ڤوجي

Definisi : penghargaan terhadap kebaikan (keunggulan, kesucian, kelebihan) sesuatu: Segala ~ bagi Allah yg telah menjadikan langit dan bumi. memuji 1 menyatakan penghargaan terhadap kebaikan sesuatu: Baginda telah ~ keberanian tentera kita menentang pengganas komunis. 2 memuliakan atau membesarkan: ~ Tuhan. terpuji 1 sudah dipuji. 2 sangat tinggi mutunya (kelulusannya dll); terbaik: Pasukan tsb telah memberikan perkhidmatan yg cemerlang dan ~. pujian kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. puji-pujian perkataan utk memuji kebaikan (keunggulan) sesuatu; kata-kata yg berisi pujian: Sambil berjalan dlm perarakan itu, mereka mengucapkan ~ kpd Nabi Muhammad SAW. kepujian taraf atau kedudukan yg wajar menerima pujian (kebaikannya dll); yg dipuji: Dlm peperiksaan yg lalu, dia telah mendapat ~ dlm ilmu hisab dan ilmu alam. pemujian perbuatan atau hal memuji. pemuji 1 orang yg memuji. 2 (bersifat) suka memuji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puji
Kata Terbitan : memuji, memuji-muji, terpuji, pujian, puji-pujian, pemujian,

Puisi
 

Hendak diminum di dalam kendi,
     Kendi berada di dalam kaca;
Jangan dipujuk jangan dipuji,
     Di dalam puji saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Harum semerbak mengandung mala.

Bermaksud :

Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
eulogisticadj (fml) penuh puji-pujian: a ~ speech, ucapan yg penuh puji-pujian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ASEANn statement ascribing praise to God, puji-pujian bagi Tuhan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heap~ /upon, on/, (fig.) mencurahkan: the public ~ed praises upon the author, orang ramai mencurahkan puji-pujian thdp pengarang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bouquetn 1. bunch of flowers, jambak bunga: a ~ of roses, sejambak bunga ros; 2. compliment, puji-pujian; ~s and brickbats, pujian dan celaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intoxicatedadj mabuk: he was so ~ that he could barely walk, dia terlalu mabuk hingga hampir tdk dapat berjalan; to be ~d with praise, mabuk dgn puji-pujian; he became quite ~ with ideas of male superiority, dia menjadi mabuk dgn tanggapan kaum lelaki lebih tinggi martabatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embarrassvt 1. make (so.) feel abashed, memalukan: his bad manners ~ed me, perangainya yg buruk memalukan saya; their effusive compliments ~ her, puji-pujian mereka yg berlebih-lebihan memalukan dia;2. (usu pass.) cause to be in financial difficulties, kesesakan wang: he was ~ed by many debts, dia kesesakan wang akibat hutang yg banyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dosen 1. dos: a ~ of laxative, sedos julap; 2. (fig.), [not translated]: she needs regular ~s of flattery to keep her happy, dia memerlukan puji-pujian yg kerap utk menggembirakannya; the programme was a large ~ of propaganda, sebahagian besar rancangan itu merupakan propaganda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glorythe palace is the town’s greatest ~, istana tersebut ialah kemegahan utama bandar itu; the sonnet is one of the glories of English poetry, bentuk soneta ialah salah satu kebanggaan puisi Inggeris; 3. praise, adoration offered to God, puji-pujian bagi Tuhan; 4. splendour, magnificence, kegemilangan: an age of ~, zaman kegemilangan; Solomon in all his ~, Nabi Sulaiman dan segala kegemilangannya; he was awestruck by the ~ of autumn, dia terpesona dgn kegemilangan musim gugur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insincereadj not honest, tdk ikhlas; (of person) tdk /jujur, ikhlas/: she accepted the gift but her thanks sounded ~, dia menerima hadiah itu tetapi ucapan terima kasihnya seolah-olah tdk ikhlas; an ~ smile, senyuman yg tdk ikhlas; ~ flattery, puji-pujian yg tdk ikhlas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bandyvt 1. exchange, give and receive (st), [various translations]: ~ blows, berbalas-balas pukulan or berpukul-pukulan or pukul-memukul; ~ insults, bercaci-cacian or caci-mencaci or saling mencaci; ~ compliments, puji-memuji or saling memuji; ~ words (with), bertikam lidah (dgn), bertegang leher (dgn); 2. often ~ about, discuss casually, disparagingly, (act.) menjadikan [sst] buah mulut orang, menyebut-nyebut [sst]; (pass.) menjadi buah mulut (orang), disebut-sebut (orang).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas