Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu; belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak; berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok­-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempu­nyai pulau (lautan dll); pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu; memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; pemulauan perbuatan memulaukan, pem­boikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : kawasan tanah yg dikelilingi air di laut atau di sungai: ~ Pinang; ~ Tioman. memulaukan 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. kepulauan kumpulan beberapa buah pulau; gugusan pulau: ~ Melayu. pemulauan perbuatan atau hal memulaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulau

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(109)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
archipelagon gugusan pulau-pulau, kepulauan: the Malay ~, kepulauan Melayu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cruisevi 1. sail about, a. (for pleasure) belayar makan angin: they ~d round the islands, mereka belayar makan angin mengelilingi pulau-pulau itu; b. (in search of enemy vessels) meronda, berpair-pair: the destroyer was cruising in the South China Sea, kapal pembinasa itu sedang meronda di Laut China Selatan; 2. travel at a constant and moderate speed, approp v + dgn kelajuan (yg) sederhana: the car was cruising at 75 k.p.h., kereta itu berjalan dgn kelajuan sederhana 75 kmsj; 3. travel at random, a. (of taxi-cab) lalu-lalang, berulang-alik; b. (of patrol car) meronda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
importvt 1. bring in from foreign country, a. (goods and services) mengimport: Australia ~s rubber from Malaysia, Australia mengimport getah dr Malaysia; b. (labour etc) membawa masuk: the company will ~ labour from the neighbouring islands, syarikat itu akan membawa masuk tenaga buruh dr pulau-pulau berhampiran; 2. bring (ideas, words, etc) from an outside source, meminjam: these ideas were ~ed from the West, idea-idea ini dipinjam dr Barat; 3. (fml) signify, mean, menunjukkan; (in interrog construction) makna, maksud: what do you think this change of attitude ~s?, pd fikiran kamu, apakah maksud perubahan sikap ini?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
islandn 1. land mass surrounded by water, pulau; 2. traffic island, safety island, pulau pembahagi lalu lintas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assume9. take on, [various translations]; (visible form) menjelma menjadi: our plans are at last assuming shape, rancangan kami akhirnya menjadi kenyataan; everything ~d a new significance, segala-galanya mendapat pengertian baru; his illness ~d a grave character, penyakitnya menjadi teruk; it was said that the witch could ~ the shape of a wolf, kata orang, ahli sihir itu dapat menjelma menjadi serigala; 10. usurp, appropriate, merampas, merebut: the rebels ~d control of the southern islands, pemberontak-pemberontak itu telah merampas kuasa di pulau-pulau selatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call7. designate, describe as, a. (gen) menyebut, menamai: Penang is often ~ed the Pearl of the Orient, Pulau Pinang sering kali dinamai (Pulau) Mutiara Timur; a process ~ed photosynthesis, suatu proses yg dinamai fotosintesis; b. (person) menggelar, memanggil: she ~ed him a coward, dia menggelarnya pengecut; he was ~ed “Shorty”, dia digelar “Si Pendek”; 8. consider as, menganggap: I ~ this cheating, saya menganggap ini suatu penipuan; 9. awaken, membangunkan, mengejutkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abeamadv (of ship) di (sebelah) rusuk; (of island etc) di (sebelah) sisi: the island lay ~ of the ship, pulau itu terletak di rusuk kapal; at noon we came ~ of the island, pd waktu tengah hari kami sampai di sisi pulau itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Javan /Pulau, Tanah/ Jawa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
isletn pulau kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
islen pulau; (pl) kepulauan: the British I~s, Kepulauan Inggeris.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas