Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.ca/] | ڤونچق

Definisi : 1. bahagian yg tertinggi (bukit, gunung, menara, pokok, dll): ~ Titiwangsa yg diliputi awan; bendera negara kita sudah berkibar di ~ tiang; 2. (Mat) titik sudut segi yg berhadapan dgn garis dasar, titik tempat perte­muan dua (atau lebih) garis, hujung sudut: sebuah sudut yg ~nya pd pusat O bulatan; ~ sudut titik tempat pertemuan dua garis atau lengan sudut; 3. ki paras dsb yg teratas, paras dsb yg tertinggi: apabila matahari sampai ke ~nya pasar itu sunyi senyap; semua orang ingin sampai ke ~ hidup; harga barang-barang membumbung tinggi dan dirasakan tidak lama lagi akan sampai di ~nya; ~ gigi Id bahagian gigi yg di sebelah atas; ~ kejayaan kejayaan yg tertinggi; ~ paru Id hujung paru­-paru; memuncak 1. menuju ke puncak, membum­bung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; memuncakkan menjadikan (menyebabkan) memuncak: usaha utk ~ krisis hendaklah diperlahankan; pemuncakan proses (perbuatan) yg menye­babkan sesuatu memuncak: kebanyakannya disebabkan ~ daya khayal; pemuncak 1. puncak; 2. Mn orang yg ter­tinggi pangkatnya; 3. johan, juara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca/] | ڤونچق

Definisi : 1 bahagian yg tertinggi pd sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yg tertinggi (harga, jawatan dll): Dlm masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puncak (kata nama)
Bersinonim dengan kemuncak, mercu, hujung, yang tertinggi, yang teratas, rabung;,
Kata Terbitan : memuncak,

Puisi
 

Nyiur gading puncak mahligai,
     Ketupat manis berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Sudah dapat baru berhenti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti kuang (= kuar) memekik di puncak gunung.

Bermaksud :

Orang yang sedang bercinta dengan kekasihnya, perempuan yang bercakap dengan suara yang kuat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
aglowadj 1. (kelihatan) bercahaya, bersinar-sinar: the mountain peaks were ~ in the sunset, puncak-puncak gunung itu (kelihatan) bercahaya pd waktu senja; ~ with colour, berseri dgn pelbagai warna; ~ with light, berseri disinari cahaya; set st ~, membuat sst /bercahaya, bersinar, berseri-seri/; 2. (fig.) berseri-seri: ~ with delight, berseri-seri kegembiraan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apexn 1. highest point, peak, puncak, mercu, kemuncak; (tech) mercu, puncak: the ~ of a mountain,puncak gunung; the ~ of a triangle,mercu segi tiga; 2. pointed end, apeks; (of tongue, leaf) apeks, hujung: the ~ of the lung, apeks paru-paru; the ~ of the heart, apeks jantung; the ~ of the tongue, hujung lidah; 3. end, edge, crest of mineral vein, apeks; 4. climax, mercu, puncak: he was at the ~ of his career, dia berada di puncak kerjayanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
climaxvt merupakan puncak: his appointment as an ambassador ~ed his career, pelantikannya sbg duta merupakan puncak kerjayanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
culminationn climax, puncak, kemuncak: winning the Davis Cup was the ~ of his career, memenangi piala Davis ialah puncak kerjayanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
high-water markn 1. tikas air pasang; 2. (fig.) puncak kejayaan: the ~ in o’s career, puncak kejayaan dlm kerjaya sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aloftadj & adv 1. up above, di atas; 2. upwards, ke atas 3. (naut) a. on higher part of ship, di puncak layar: he stayed ~ to watch for sharks, dia berada di puncak layar utk meninjau ikan yu; b. to higher part of ship, ke puncak layar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acmen mercu, puncak, kemuncak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
culminatingn; ~ point, puncak, kemuncak: it was the ~ point of his athletic career, itulah kemuncak kerjayanya dlm olahraga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headlightn (usu in pl) lampu /puncak, besar/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crestvt reach the top of (hill, wave, etc) tiba di puncak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas