Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.tai] | رنتاي

Definisi : 1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher; ~ basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian, ren­tetan, deretan memanjang, leretan: konfron­tasi, putusnya hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~ drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan, kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk luar ban­­dar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg panjangnya 22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira empat ~ dr situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang salah, belenggu; berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai be­rangkai-rangkai (berangkaian), ber­turut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rang­kai (bersambung-sambung); merantai 1. mengikat dgn rantai, mem­belenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki meng­hambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah di­rantai kota; rantaian untaian, rangkaian, rentetan, run­tunan; orang ~ orang rantai; perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.tai] | رنتاي

Definisi : 1 tali drpd cincin-cincin logam yg berangkai-rangkai: ~ leher; ~ besi. 2 pertalian; ikatan: ~ kasih. berantai memakai rantai; mempunyai rantai: Kucingnya itu diberi ~ manik. berantai-rantai berturut-turut lepas satu, satu; berangkai-rangkai: peristiwa sejarah yg ~. merantai menambat (mengikat) dgn rantai; membelenggu: Ia ~ gajahnya dgn rantai besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ran.tai] | رنتاي

Definisi : ukuran panjang yg bersamaan dgn 22 ela atau 20.117 meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantai (kata nama)
1. Bersinonim dengan kalung: leca, utas,

2. Bersinonim dengan ikatan: kaitan, pertalian, hubungan, jalinan,

Kata Terbitan : berantai, berantai-rantai, merantai, rantaian,

Puisi
 

Budak-budak bermain tombak,
     Tombak diikat dengan rantai;
Kalau kutakut dilambung ombak,
     Tak ku berumah di tepi pantai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun,
     bila terlepas ke hutan juga larinya.

Bermaksud :

Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
braceletn rantai tangan, gelang rantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chainn 1. series of links, rantai: a gold ~, rantai emas; cable ~, rantai kabel; 2. sequence, series, rentetan; (of events etc) rentetan, rangkaian: a ~ of thoughts, rentetan pemikiran; a ~ of events, rangkaian peristiwa; 3. (of mountains) banjaran; 4. associated group, rangkaian: a ~ of hotels, serangkaian hotel; 5. (unit of length) rantai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bicycle chainn rantai basikal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fob watchn jam rantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chain-sawn gergaji rantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chain-stitchn jahit /kiasangkut, rantai/; (in crochet) kait tali air.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chain reactionn tindak balas rantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bitter endn (naut) ekor rantai sauh; to the ~, (hingga) habis-habisan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coat of mailn baju /zirah, rantai, besi/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ankletn 1. ornamental chain for ankle, /rantai, gelang/ kaki; 2. (US) see ANKLE SOCK.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas