Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ta] | رات

Definisi : 1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu ~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya dianggap sama (tidak dibeza-beza­kan), hitung panjang; sama ~ a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang (per­mukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendak­nya lantai itu disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll), ter­dapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah ~ lukisannya ditun­jukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah berkapal belaka; ~-riti Kl ke mana-mana; serata seantero, segenap, seluruh: getah di­eksport ke ~ dunia; poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung; menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh; keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah; rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah di­ta­burkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umum­nya: keistimewaannya ialah orang-orang bawah­annya ~ segan dan hormat kepada­nya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi, mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka mahasiswa; tidak mungkin rasanya per­aturan itu ~ seluruh lapisan rakyat; meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan, mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan tapak kawasan perumahan rakyat; 2. mem­bahagi-bahagikan rata, menyebarkan ke me­rata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh ne­gara ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan diratakan kpd segenap mangsa bah; rataan ark dataran; kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan selari dgn ~ tanah; perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan itu telah selesai; perata alat utk meratakan (mendatarkan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ta] | رات

Definisi : sl sj kenderaan, kereta; ~ terbang (melayang) sl kereta yg dapat terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ta] | رات

Definisi : 1 tidak tinggi rendah; datar: Papan itu hendaklah diketam dahulu supaya ~. 2 seluruh permukaannya sama diliputi: Dinding itu hendaklah dicat ~. 3 semuanya beroleh bahagian yg sama: Pusaka itu dibahagi ~. 4 tersebar ke mana-mana (bkn berita); terdapat di mana-mana; di mana-mana pun ada: Wabak taun sudah ~ di negara itu. rata-rata 1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim. merata 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. merata-rata terdapat di banyak tempat; ada di segenap atau seluruh: Sampah sarap bersepah di ~ tempat. meratai merata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja. meratakan 1 menjadikan rata; mendatarkan: Mereka sedang ~ kawasan itu utk dijadikan tapak perumahan. perataan perbuatan, hal dsb merata, meratai atau meratakan. perata alat (jentera dll) yg meratakan. serata seluruh; segenap: Poster pilihan raya telah ditampalkan di ~ tempat. menyeratakan menyiarkan, menghebahkan dsb ke serata tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
averagen 1. standard regarded as ordinary, sederhana: his ability is above (the) ~, kebolehannya lebih drpd sederhana; below (the) ~, kurang drpd sederhana; 2. normal rate, degree, amount, etc, pukul rata, rata-rata: he smokes an ~ of twenty cigarettes a day, rata-rata, dia menghisap dua puluh batang rokok sehari; 3. arithmetic mean, purata, pukul rata, hitung panjang: the ~ of 2, 4 and 6 is 4, purata bagi 2, 4 dan 6 ialah 4; law of ~s, hukum purata; on /an, the/~, pukul rata, hitung panjang, purata: on an ~ he comes in about three times a week, pukul rata, dia datang tiga kali seminggu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
averagevi usu ~ out /at, to/, pukul rata, hitung panjang, rata-rata, purata: the profit ~d out at $200,000 a year, pukul rata keuntungan syarikat itu ialah $200,000 setahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
averagevt 1. estimate the mean of, mencari purata bagi, memukulratakan: you should ~ your marks and compare them with those of other students, kamu patut mencari purata bagi markah kamu dan membandingkannya dgn markah penuntut-penuntut lain; 2. do, get, produce, etc, an average of, rata-rata: he ~s eight hours sleep a night, rata-rata dia tidur selama 8 jam setiap malam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flush2adj 1. level with another surface, sama rata; (attrib) rata: the cupboard is ~ with the wall, almari itu dibina sama rata dgn dinding; ~ door, pintu rata; 2. (colloq) having plenty of money, kaya: if you’re ~ today, I’d like to borrow a tenner, kalau kamu kaya hari ini, saya nak pinjam sepuluh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flat17. unvarying, sama rata: a ~ rate, kadar sama rata; on a minibus in Kuala Lumpur you pay a ~ fare of fifty cents, apabila naik bas mini di Kuala Lumpur, kita membayar tambang sama rata lima puluh sen; 8. dull, hambar: the conversation was ~ and uninteresting, perbualan itu hambar dan tdk menarik; life seemed ~ to me, hidup terasa hambar bagi saya; 9. (of voice) without variations, mendatar; 10. (of statement, words, etc) emotionless, tdk beremosi: although he was clearly angry, the president confined himself to ~ statements of fact, walaupun presiden itu jelas marah, beliau hanya membuat keterangan berfakta dan tdk beremosi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
around5. here and there, a. at, in various places, di sana sini, di merata-rata tempat: scattered ~, tersebar di merata-rata tempat; b. to various places, ke merata-rata tempat, ke sana sini: to travel ~, mengembara ke merata-rata tempat; 6. to so’s house, place of work, etc, ke /rumah, pejabat, dll/ sso, [or not translated]: he came ~ to inspect the leak in the roof, dia datang (ke rumah saya) utk memeriksa atap yg bocor; 7. (colloq) in existence, circulation or activity, [no specif translation]; (when length of time is indic) berkecimpung dlm bidang + approp n: you won’t find furniture of this quality ~ nowadays, kamu tdk akan dapat mencari perabot yg bermutu spt ini sekarang or perabot yg bermutu spt ini tdk lagi dijual sekarang; he must be one of the best actors ~, dia tentulah salah seorang pelakon yg terbaik di antara yg ada; a singer who has been ~ for a number of years now, penyanyi yg telah berkecimpung dlm bidang seni suara selama beberapa tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evenadj 1. level, smooth and flat, rata: make sure the surface is ~ before you lay the tiles, pastikan permukaan rata sebelum kamu meletakkan jubin; 2. steady and unchanging, tetap: his ~ breathing showed that he was asleep, pernafasannya yg tetap menunjukkan bahawa dia sudah tidur; he drove at an ~ speed, dia memandu dgn kelajuan yg tetap; 3. equal in number, amount or quantity,sama rata: ~ distribution of income and wealth, pengagihan pendapatan dan kekayaan yg sama rata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
everywhereadv 1. (in all parts, places) di merata-rata tempat; (in any place at all) di mana-mana saja: I’ve looked ~ for the keys, saya telah mencari kunci itu di merata-rata tempat; ~ there was chaos, di mana-mana berlaku huru-hara; 2. to all parts, places, ke merata-rata tempat; (to any place at all) ke mana-mana saja: when he came to Malaysia I brought him ~, apabila dia datang ke Malaysia, saya membawanya ke merata-rata tempat; he follows me ~ I go, dia mengekori saya ke mana-mana saja saya pergi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flat1on the ~, di tempat yg rata: if you park your car on the ~ you don’t need to put on the handbrake, jika meletakkan kereta di tempat yg rata, tidak perlu menarik brek tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evenv; ~ out, become level or regular, menjadi rata; (of price etc) menjadi stabil: the ground rose steeply and then ~ed out, tanah itu naik dgn curamnya dan kemudian menjadi rata; land prices have eventually ~ed out, harga tanah akhirnya menjadi stabil; ~ st out, balance out, mengimbangkan sst: it will be an extremely difficult task to ~ out the differences between social classes, utk mengimbangkan perbezaan antara kelas sosial ialah tugas yg amat sukar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas