Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.dah] | رنده

Definisi : 1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi): bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya (badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (som­bong, bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg ber­pen­dapatan ~; 7. (taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) per­mulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan di­anggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutu­nya); orang ~ orang biasa yg tidak ber­pangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat; merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~ benar rezeki Marah sangat meng­untungkan (dr segala yg dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak): sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak kepadanya; merendahkan 1. menjadikan rendah, me­nurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia; ~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~ mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki me­nurunkan (memberi) rezeki; merendah-rendahkan memandang atau meng­­­­­anggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak ber­­­kualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita; rendahan yg rendah (tidak penting) pangkat­nya atau kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu; kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi ke­hina­­an, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; perendahan perihal (perbuatan dsb) me­rendahkan, perihal (proses dsb) merendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.dah] | رنده

Definisi : ; riuh-~ riuh gemuruh, sangat riuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.dah] | رنده

Definisi : 1 tidak jauh jaraknya dr bawah; tidak tinggi: bangunan yg ~; pokok yg ~. 2 tidak nyaring (bkn suara); perlahan: bercakap dgn suara yg ~. 3 tidak mulia budi (hati); hina: ~ akhlak; ~ budi. 4 tidak mahal; murah: Harga getah ~ sekarang. 5 tidak banyak (bkn pendapatan dll); sedikit: golongan yg berpendapatan ~. 6 tingkat permulaan: sekolah ~. 7 tidak penting; bawahan (bkn pangkat atau kedudukan): pegawai ~. 8 kurang baik (bkn mutu): barang yg mutunya ~. 9 be­lum maju lagi; mundur: keadaan hidup yg masih ~. ~ hati (diri) tidak sombong; baik hati. merendah 1 menjadi rendah; menurun: Dengkurnya mula ~. 2 berlaku rendah hati; berlaku tidak sombong: Jika berhadapan dgn sesiapa pun, dia sentiasa ~. ~ hati (diri) menganggap diri sendiri rendah; tidak menyombongkan diri. merendahkan 1 menyebabkan menjadi rendah; menurunkan: Yg tinggi hendaklah direndahkan sedikit. 2 memandang atau menganggap rendah (tidak penting, hina); mengecil-ngecilkan: Ia tidak suka ~ martabat orang. ~ diri membongkok supaya rendah. rendahan yg rendah pangkatnya (orang, pegawai dsb); bawahan. kerendahan 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Rendah gunung tinggi harapan.

Bermaksud :

Harapan yang sangat besar.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
inferior2. second-rate, mediocre, kurang + approp adj or v; (of work, product, etc) bermutu rendah, /rendah, kurang baik/ mutunya; (of workmanship) kurang baik, bermutu rendah: we were served an ~ dinner, kami dihidangkan makanan malam yg kurang memuaskan; an ~ sculptor, pengukir yg kurang mahir; they manufacture ~ products, keluaran mereka bermutu rendah; the workmanship is ~, buatannya kurang baik; ~ goods, barang bawahan; 3. (of quality) rendah; 4. (tech) having lower position, bawahan: ~ court, mahkamah bawahan; 5. (astron) inferior: ~ planets, planet inferior;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
casten kasta; ~ mark, tanda kasta; be of /low, high/ ~, berkasta /rendah, tinggi/, /rendah, tinggi/ kastanya; lose ~, darjat [sso] jatuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
juniorschoolchildren whose ages range between 7 and 11, sekolah rendah; (ref to school, class) rendah: all the ~ boys were allowed to go home early, semua murid sekolah rendah dibenarkan pulang awal; the ~ netball competition, pertandingan bola jaring sekolah rendah; he is in the ~ school, dia murid sekolah rendah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inferioradj 1. low in status, rank, position, etc, rendah: a man of ~ birth, lelaki yg berkedudukan rendah; he holds an ~ position in the firm, kedudukannya di syarikat itu rendah; make so. feel ~, membuat sso berasa rendah diri: she is so well read, she makes me feel ~, pengetahuannya begitu luas, dan ini membuat saya berasa rendah diri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
humilityn rendah hati: with all ~, dgn segala rendah hati; a man of ~, seorang yg rendah hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inferiorn subordinate, lebih rendah (+ approp n); (in rank) orang bawahan: intellectual ~s, orang-orang yg lebih rendah keintelektualannya; she considers them her ~s, dia menganggap mereka sbg orang yg lebih rendah kedudukannya; he is always polite to his ~s, dia selalu berlaku sopan thdp orang bawahannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hilariousadj 1. boisterously merry, riuh-rendah: the party got more ~ after midnight, majlis itu bertambah riuh-rendah selepas tengah malam; ~ laughter, gelak ketawa yg riuh-rendah; 2. very funny, amusing, sangat /menggelikan hati, lucu/: a ~ comedy, komedi yg sangat menggelikan hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedlamn 1. wild, noisy place, (tempat yg) /riuh-rendah, dlm keadaan hiruk-pikuk/: the house is a regular ~, rumah itu sentiasa riuh-rendah; 2. scene, situation of uproar, (keadaan yg) /riuh-rendah, hiruk-pikuk/: there was ~ in the house when we arrived, rumah itu sewaktu kami sampai riuh-rendah; 3. (old use) lunatic asylum, /hospital, rumah sakit/ gila.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
humbleadj 1. having, showing a modest opinion of os, rendah /hati, diri/, suka merendahkan diri: he remained ~ in spite of his success, dia tetap rendah hati walaupun sudah berjaya; 2. lowly, poor, hina, daif: I’m just a ~ fisherman, saya hanyalah nelayan yg hina; no task was too ~ for him, tdk ada pekerjaan yg terlalu hina baginya; of ~ /birth, origin, stock/, berketurunan rendah; 3. unpretentious, sederhana: ~ fare, makanan yg sederhana; my ~ home, rumah saya yg sederhana; 4. (indic an unassuming attitude, state of mind) dgn rendah hati: my ~ apologies, dgn rendah hati saya meminta maaf;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carousevi minum-minum dgn riuh-rendah: they ~d all night, mereka minum-minum dgn riuh-rendah sepanjang malam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas