Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.to.rik] | ريتوريک

Definisi : (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm pe­nulisan atau pertuturan; 2. seni meng­gunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mem­pengaruhi pemikiran pen­dengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pe­mikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya ber­cakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia me­nyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg di­gunakan; soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn meng­gunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.to.rik] | ريتوريک

Definisi : /rétorik/ 1 seni menggunakan bahasa yg indah dan menarik utk me­mujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar; seni berpidato. 2 bahasa yg dibuat-buat atau dibesar-besarkan (yg indah dan muluk-muluk). 3 penuh dgn bahasa atau kata yg indah dan muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: Beliau terlalu ~ dlm menyampaikan ceramahnya. beretorik berbicara atau berpidato dgn menggunakan bahasa yg retorik: Kita tidak perlu ~ dgn pelbagai teori hingga orang tidak memahami isu yg diperkatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata retorik


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
declaimvi 1. utter in rhetorical manner, approp v + dgn gaya /berpidato, yg retorik/: he was ~ing about corruption among certain groups, dia bercakap dgn gaya yg retorik ttg rasuah di kalangan kumpulan-kumpulan tertentu; 2. recite, berdeklamasi: give him a chance and he will ~ for hours, sekiranya diberi peluang dia akan berdeklamasi berjam-jam lamanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
declamatoryadj 1. of declamation, pidato: ~ themes, tema-tema pidato; 2. characterized by or resembling declamation, berpidato, retorik: ~ style, gaya berpidato; ~ speech, ucapan yg disampaikan dgn gaya /berpidato, yg retorik/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas