Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.pun] | رومڤون

Definisi : 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), se­golongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, se­pe­rindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan ter­golong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tum­buh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.pun] | رومڤون

Definisi : 1 kumpulan pokok dll yg sama jenisnya dan tumbuh berkelompok-kelompok, spt buluh, padi; perdu: ~ buluh; ~ padi. 2 kumpulan orang yg sama atau yg serupa asal usulnya; golongan bahasa atau bangsa yg sama asal dan jenisnya: ~ bangsa Mongolia. berumpun tumbuh sbg rumpun; berperdu. berumpun-rumpun be­berapa rumpun; banyak rumpunnya. serumpun 1 satu rumpun: ~ buluh; ~ serai. 2 sekumpulan bahasa (bangsa) yg sama asalnya: Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumpun (kata nama)
Bersinonim dengan perindukan, famili, kumpulan, kelompok.,

Puisi
 

Tetak palas rumpun palas,
     Mari dimakan atas bendul;
Duduk malas berdiri malas,
     Kerana khidmat diri terkabul.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kerosok ular di rumpun bambu.

Bermaksud :

Ancaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
amid(st)prep di tengah-tengah: a house built ~ clumps of bamboo, rumah yg dibina di tengah-tengah rumpun-rumpun bamboo; ~ all the noise and movement he sat absorbed in his thoughts, di tengah-tengah kebisingan dan kesibukan dia duduk khusyuk berfikir; ~ the cheers of his supporters, di tengah-tengah sorak-sorai penyokong-penyokongnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tuftc. (of grass) rumpun; in ~s, berumpun-rumpun: grass grew in ~s in the cracks of the cement floor, rumput tumbuh berumpun-rumpun di celah-celah retak di lantai simen itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clumpn 1. cluster, rumpun, kelompok: a ~ of bamboo, serumpun buluh; in ~s, berumpun-rumpun, berkelompok-kelompok: shrubs growing in ~s, pokok renek yg tumbuh berkelompok-kelompok; 2. lump, gumpal: a ~ of earth, segumpal tanah; 3. (of sound) bunyi derap: the ~ of boots, bunyi derap but;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shrubbery n place planted with shrubs or shrubs collectively, rumpun pokok renek: the children used to hide in the ~, dahulu budak-budak itu suka menyorok di dlm rumpun pokok renek itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tuftedadj (colloq), (of grass, weed, etc) tumbuh berumpun-rumpun; (of carpet) berumbai-umbai, berjumbai-jumbai:~ grass covered the higher slopes, rumput yg tumbuh berumpun-rumpun meliputi lereng-lereng yg lebih tinggi; a ~ carpet was placed near the door, permaidani yg berjumbai-jumbai diletakkan dekat pintu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tussockn rumpun rumput.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Germanicn (rumpun) bahasa Germanik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Austronesiann rumpun bahasa Austronesia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Germanicadj Germanik: ~ languages, rumpun bahasa Germanik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Indo-Europeann (family of languages) rumpun bahasa Indo-Eropah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas