Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pah] | سمڤه

Definisi : 1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina; ~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan; menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); persampahan tempat membuang (tim­bun-an) sampah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pah] | سمڤه

Definisi : 1 benda-benda yg dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yg tidak dikehendaki (spt kertas kotor, daun kering). ~ sarap bermacam-macam jenis sampah. 2 sesuatu yg tidak berharga atau yg tidak berguna. ~ dunia (masyarakat) orang yg hina dan tidak berguna kpd masyarakat. menyampah 1 spt sampah rupanya kerana terlalu banyak atau tidak berguna. 2 ki berasa benci atau meluat: Pergi engkau dr sini, ~ aku melihat mukamu. persampahan tempat membuang sampah; timbunan sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampah (kata nama)
Bersinonim dengan kotoran, najis, latah, sarap, buangan, hampas, sisa, reja;,
Kata Terbitan : menyampah,

Puisi
 

Kalau ada kaca di pintu,
     Ambil lidi sapukan sampah;
Mengapa tuan kata begitu,
     Kalau sudi apatah salah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sampah itu di tepi juga.

Bermaksud :

Orang yang hina (miskin) sering kali tidak diendahkan orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
garbage1. refuse, domestic waste, sampah(-sarap): don’t forget to put out the ~, jangan lupa meletakkan sampah di luar; 2. (colloq & derog) nonsense, tripe, (sst yg) karut: he does talk a load of ~, dia bercakap karut saja; 3. (computer technology) sampah; ~ in, ~ out, sampah masuk, sampah keluar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dumpn 1. place for depositing waste material, tempat buang (sampah): a ~ for industrial rubbish, tempat buang sisa-sisa kilang; he took a load of old newspapers to the rubbish ~, dia membawa timbunan surat khabar lama ke tempat buang sampah; 2. temporary store for ammunition, weapons or other military supplies, kawasan simpanan: ammunition ~, kawasan simpanan amunisi; 3. (colloq & derog) place that is dirty and ugly, kandang (babi): I refuse to live in this ~, saya tdk ingin tinggal di kandang babi ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dregsn 1. keladak: coffee ~, keladak kopi; /drink, drain/st to the ~, (me)minum sst sehingga habis; 2. (derog), (fig.) sampah: the ~ of society, sampah masyarakat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dustpann penadah sampah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
garbage truckn lori sampah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
garbage cann tong sampah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dustbinn /tong, tin/ sampah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ash blondn tong sampah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dust-cartn (US) lori sampah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dustmann person who collects garbage, tukang angkat sampah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas