Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampai­nya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : ; menyampai 1. menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung; 2. = bersampai-an tersampir, tersidai; menyampaikan menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; tersampai tersampir, tersidai: dia meng-hilang ke dlm bilik dan kemudian keluar dgn tuala mandi ~ di bahu; sampaian tempat menyampirkan (me­nyidai-kan) kain, ampaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : 1 tiba di tempat yg dituju: Surat yg dihantarnya itu tidak ~ kpd ayahnya. 2 tercapai apa-apa yg dimaksudkan atau yg diniatkan: Mudah-mudahan cita-citamu itu akan ~ juga. 3 dpt dicapai (dgn tangan atau dgn menggunakan benda-benda lain): Kalau tak ~ dgn tangan, gunakanlah galah. 4 mencapai had atau paras tertentu: Airnya dalam ~ ke leher. ~ ajal meninggal dunia. ~ akal dpt diterima akal; tidak mustahil. ~ bulan a. sudah cukup masa­nya utk melahirkan anak. b. sudah cukup tempoh yg ditetapkan. ~ hajat ber­jaya mencapai apa-apa yg dihajati (dikehendaki). ~ hati tidak berasa segan-segan atau tidak menaruh belas kasihan lagi melakukan sesuatu yg buruk akibatnya kpd orang lain. ~ umur a. sudah dewasa. b. sudah tua benar. sudah ~ umurnya meninggal dunia; mati. menyampaikan 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. kesampaian 1 hal tibanya (sampainya) sesuatu atau seseorang; ketibaan: ~ kami tidak disambut oleh sesiapa. 2 tercapai atau terlaksana apa-apa yg dimaksudkan dll: Janji-janjinya tidak pernah ~. penyampaian perbuatan atau hal menyampaikan: ~ hadiah akan dilakukan oleh Guru Besar. sesampai sebaik-baik sampai: ~nya kami di kedai Arimoto San, dia dan isterinya tergesa-gesa membantu Sakura bersiap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampai

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.


Lihat selanjutnya...(265)
Peribahasa

Sampai bersalam,
     pulang berterajang.

Bermaksud :

Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(84)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
come5. extend, reach, sampai: her skirt came to her knees, skirtnya sampai ke lutut; her hair came (down) to her waist, rambutnya sampai ke pinggang; she ~s up to his chest, tingginya sampai ke paras dada lelaki itu; 6. happen, [various translations]: nothing came of it, tdk ada hasil apa pun; success ~s when you work hard, kejayaan akan tercapai jika kamu bekerja keras; they promised no harm would ~ to us, mereka berjanji tdk akan mengapakan kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ down to, a. reach, sampai ke: her hair ~s down to just below the ears, rambutnya sampai ke cuping telinga; their land ~s down to the foot of the hill, tanah mereka sampai ke kaki bukit; b. boil down to, berpokok pd: it all ~s down to jealousy, semuanya berpokok pd rasa cemburu; when it ~s down to, apabila kita bercakap ttg: when it ~s down to batik design, no one can match him, apabila kita bercakap ttg reka bentuk batik, tiada seorang pun yg dapat menandinginya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
get~ through to, a. (of supplies, reinforcements, message, etc) arrive, sampai kpd: the goods eventually got through to her after having been sent to the wrong address, barang-barang itu akhirnya sampai kepadanya setelah dihantar ke alamat yg salah; your message did ~ through to me, pesan kamu sampai kpd saya; b. (of person) succeed in reaching, dapat sampai ke tempat: the rescuers got through to the trapped miners, pasukan penyelamat dapat sampai ke lohong tempat pekerja-pekerja lombong itu terperangkap; c. contact by telephone, radio, etc, menghubungi: I couldn’t ~ through to him because his telephone is out of order, saya tdk dapat menghubunginya krn telefonnya rosak; d. make (so.) listen to or understand what one is saying, membuat [sso] faham: he’s so pig-headed that there’s no ~ting through to him, dia begitu keras kepala sehingga tdk mungkin kami dapat membuat dia faham;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
get~ to, a. reach, /sampai, tiba/ di: by the time she had got to the airport, her friend had already left, apabila dia sampai di lapangan terbang, kawannya telah pun berlepas; they got to him just before I did, mereka sampai di rumahnya sejurus sebelum saya tiba; b. disappear to, pergi, menghilang: (of st), [not translated]: where has that boy got to now?, ke mana pula budak itu menghilang?; I don’t know where my bank book has got to, saya tdk tahu di mana buku bank saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knowingn sampai ke pengetahuan, mengetahui: to prevent his ~ about this, utk mengelakkan perkara itu sampai ke pengetahuannya; there is no ~, tdk dapat diramalkan, tdk sesiapa yg tahu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hunt~ down, memburu sampai dapat: the police dogs ~ed down the criminal, anjing-anjing polis memburu penjenayah itu sampai dapat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hound~ so. down, memburu sso sampai dapat: the police were determined to ~ down the bank robber, pihak polis berazam akan memburu perompak bank itu sampai dapat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headfrom ~ to /foot, toe/, dr hujung rambut sampai ke hujung kaki: he was drenched from ~ to foot, dia basah kuyup dr hujung rambut sampai ke hujung kaki; get it into o’s ~ (that), mengerti, memahami: can’t you get it into your ~ that he is not coming back?, tidakkah kamu mengerti bahawa dia tdk akan balik semula?; /give so., let so. have/ his ~, membiarkan sso berbuat sesuka hati; go to so’s ~, make so. conceited, menyebabkan sso lupa diri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ up to, a. reach, sampai ke: when the tide is in, the water comes up to his garden, apabila air pasang, air naik sampai ke halaman rumahnya; b. approach, (of person) menghampiri, mendekati, merapati; (of time) hampir: the child came up to her and kissed her on the cheek, anak itu mendekatinya lalu mencium pipinya; the time is coming up to midnight, waktu hampir tengah malam; c. equal, seperti: her work does not ~ up to the mark, kerjanya tdk seperti yg diharapkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
land~ of the dead, alam selepas mati; make ~, (naut) sampai ke darat: at last they made ~, akhirnya mereka sampai ke darat; see how the ~ lies, memahami kedudukannya: let's see how the ~ lies before we do anything, marilah kita memahami kedudukannya sebelum kita berbuat sesuatu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas