Definisi : benda yg digunakan utk menopang (menahan dll) dr bawah; ~ bunuh sl azimat atau tangkal (supaya tidak terbunuh dlm peperangan dll); ~ galah cagak tempat meletakkan galah (di perahu); ~ layar cagak tempat meletakkan layar (ketika berlabuh); ~ mara a) galah yg berkait utk menolak dan meraih perahu; b) ganja atau besi melintang pd pangkal mata tombak; ~ payung besi dll yg menahan payung supaya terbuka; ~ pedang besi palang di atas hulu pedang; ~ penetap perkakas yg digunakan utk menetapkan kedudukan benda kerja (ketika melarik dgn jentera); ~ tuas benda yg menyangga tuas jika menuil sesuatu dgn tuas; bersangga 1. ada sangganya, mempunyai atau memakai sangga, ditopang atau ditahan dgn sesuatu; 2. ki mempunyai sesuatu sbg sandaran, sokongan dsb, berpegang (pd): kita sepatutnya melipatgandakan usaha, bukan-nya setakat ~ pd cakap-cakap sahaja; menyangga menopang (menahan) dr bawah, menyokong: tiub teropong itu disangga oleh suatu kaki andas yg berat dan kejal; penyangga benda yg digunakan utk menyang-ga (menopang, dll): ~ senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)