Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.pu] | ساڤو

Definisi : 1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal ke­mis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd per­mukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, di­musnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pu] | ساڤو

Definisi : Jw; menyapu memukuli dgn rotan (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pu] | ساڤو

Definisi : ; ~ leman sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pu] | ساڤو

Definisi : 1 alat drpd lidi (sabut, roman dll) yg digunakan utk membersihkan sesuatu. 2 apa-apa, spt kain buruk, yg digunakan utk mengesat atau utk membersihkan sesuatu: ~ tangan kain empat segi utk mengesat tangan dsb. bersapu 1 sudah dibersihkan dgn sapu: Halaman rumahnya tidak pernah ~. 2 sudah dilumas (dgn): Ibunya menyediakan secawan kopi serta dua keping roti ~ mentega. menyapu 1 membersihkan sesuatu dgn menggunakan sapu: ~ lantai. 2 mengesat atau mengelap dgn sapu: Dia ~ matanya dgn tuala kecil. 3 melumas sesuatu (dgn): Dia ~ dinding biliknya dgn cat biru. menyapukan 1 menyapu utk orang lain. 2 menyapu dgn; memakai sesuatu utk menyapu; melumaskan: ~ jem pd roti. sapuan hal menyapu; hasil drpd menyapu. penyapu alat utk membersihkan (mengesat) sesuatu; sapu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapu

Puisi
 

Sapu tangan jatuh ke laut,
     Jatuh ke laut dengan alasnya;
Amboi berat budi disambut,
     Sambut dengan tiada balasnya.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Seperti sapu diikat dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
embroidervt 1. ornament with needlework, menyulam:she ~ed the handkerchief with little roses, dia menyulam sapu tangan itu dgn bentuk-bentuk bunga ros yg kecil; 2. shape in needlework, menyulamkan: she ~ed her name on a handkerchief, dia menyulamkan namanya pd sapu tangan; 3. add fictitious detail to, menokok tambah: he ~ed the story each time he told it, dia menokok tambah cerita itu setiap kali dia mengisahkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
handkerchiefn sapu tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hem-stitchn jahit tepi sapu tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embrocationn minyak /angin, gosok, sapu/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dozenn 1. group of twelve, dozen: a ~ handkerchiefs, satu dozen sapu tangan; 2. a large number, banyak: I’ve passed this road a ~ times but I didn’t notice the signboard, saya telah lalu di jalan ini banyak kali tetapi saya tdk perasan papan tanda itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodyadj 1. covered with blood, berlumuran darah, berdarah: her handkerchief was all ~, sapu tangannya berlumuran darah; 2. containing, composed of blood, berdarah: a ~ boil, bisul yg berdarah; 3. involving bloodshed, banyak menumpahkan darah: a ~ battle, pertempuran yg banyak menumpahkan darah; 4. given to bloodshed, suka menumpahkan darah: a ~ tyrant, penzalim yg suka menumpahkan darah; 5. (UK), (vulg), [various translations]: you ~ fool!, bodoh!; he’s a ~ liar, dia merepek!; you’re a ~ genius!, kamu bijak betul!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bordervt 1. put border on, membubuh [sst] pd [sst] sbg sibar-sibar: she ~ed the handkerchief with lace , dia membubuh renda pd sapu tangan itu sbg sibar-sibar; 2. be a border to, menyempadani, membatasi: the river that ~s our land on the north, sungai yg membatasi tanah kami di sebelah utara; the countries that ~ the Bay of Bengal, negara-negara yg menyempadani Teluk Benggala;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gag 1 n 1. st stuffed into mouth to prevent speech etc, /sumbat, penyumbat/ mulut: the bandits used handkerchiefs as ~s, penjahat-penjahat itu menggunakan sapu tangan sbg sumbat mulut; 2. st tied across mouth to prevent speech etc, pengikat mulut; put a ~ on, place restraint on free speech, menyekat (kebebasan bercakap): it put a ~ on the left-wing newspaper, tindakan itu menyekat kebebasan bercakap akhbar sayap kiri itu; 3. (surg) gag;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
demolishvt 1. tear down, a. merobohkan, meruntuhkan: to ~ a building, merobohkan bangunan; b. (fig.) mematahkan, mematikan: the debater ~ed his opponent’s arguments, pembahas itu mematahkan hujah-hujah lawannya; 2. (jocular) sapu: she ~ed a whole box of chocolates,dia sapu sekotak coklat itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cleanb. remove rubbish, dirt etc so as to leave a place clean, [various translations]: I wish you would ~ up this mess, saya berharap-harap sangat kamu akan membersihkan tempat yg berselerak ini; to ~ up food spills, mengelap tumpahan makanan; he ~ed up the broken glass at once, dia membuang serpihan kaca itu dgn segera; c. make place free from crime, corruption, vice, etc, membersihkan sst (drpd kegiatan yg tdk menyenangkan): the new Inspector General of Police took immediate action to ~ up the city, Ketua Polis Negara yg baru mengambil tindakan segera utk membersihkan bandar itu drpd kegiatan yg tdk menyenangkan; d. (colloq) make (money) kaut, sapu bersih: he ~ed up a cool million at the casino, dia sapu bersih sejuta ringgit di kasino itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas