Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal ke­mis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd per­mukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, di­musnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapu I

Puisi
 

Sapu tangan jatuh ke laut,
     Jatuh ke laut dengan alasnya;
Amboi berat budi disambut,
     Sambut dengan tiada balasnya.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Seperti sapu diikat dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
handkerchief<i>ni> sapu tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embroider<i>vti> 1. <i>ornament with needleworki>, menyulam:<i>she ~ed the handkerchief with little roses,i> dia menyulam sapu tangan itu dgn bentuk-bentuk bunga ros yg kecil; 2. <i>shape in needlework,i> menyulamkan: <i>she ~ed her name on a handkerchief,i> dia menyulamkan namanya pd sapu tangan; 3. <i>add fictitious detail to,i> menokok tambah: <i>he ~ed the story each time he told it,i> dia menokok tambah cerita itu setiap kali dia mengisahkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pocket handkerchief<i> n i>sapu tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hem-stitch<i>ni> jahit tepi sapu tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embrocation<i>ni> minyak /angin, gosok, sapu/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
monogrammed<i>adji> bermonogram: <i>a ~ handkerchiefi>, sapu tangan bermonogram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
starch<i> vt i> menganji: <i> even the handkerchiefs are ~ed,i> sapu tangan pun dikanji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweeper<i> n i> 1. <i> person who sweeps,i> tukang sapu; 2. <i> st that sweeps,i> penyapu: <i> carpet ~,i> penyapu permaidani.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sop~ up, mengelap: <i> he used his handkerchief to ~ up the spilt ink,i> dia menggunakan sapu tangannya utk mengelap dakwat yg tumpah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dozen<i>ni> 1. <i>group of twelve,i> dozen: <i>a ~ handkerchiefs,i> satu dozen sapu tangan; 2. <i>a large number,i> banyak: <i>I’ve passed this road a ~ times but I didn’t notice the signboard,i> saya telah lalu di jalan ini banyak kali tetapi saya tdk perasan papan tanda itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas