Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yap] | سايڤ

Definisi : 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) ke­boleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yap] | سايڤ

Definisi : 1 bahagian anggota burung dll yg digunakan utk terbang; kepak. 2 sesuatu yg rupanya atau gunanya spt sayap 1: ~ ikan ridip ikan; ~ kapal terbang kepak pd kapal terbang. 3 bahagian yg terletak di sebelah kanan atau kiri (dlm permainan dsb). ~ kanan (kiri) a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayap

Puisi
 

Sirih biak di tunggul buluh,
     Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
     Kasih di hati selama-lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Patah sayap bertongkat paruh.

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
delta wingn sayap delta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flapn 1. piece attached by one side only, penutup; (of book, table) sayap; (of tent) pintu: the ~ of the envelope, penutup sampul surat; ~ of a pocket, penutup poket; they had to extend two ~s of the table to seat everyone, mereka terpaksa membuka dua sayap meja supaya semua orang dapat duduk; 2. (of skin) kulit yg tersiat: the ~ of skin had to be sewed back into place by the nurse, kulit yg tersiat itu terpaksa dijahit kembali oleh jururawat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aisledadj furnished with aisle, berlorong; (of church) beruang sayap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fifth-columnistn pengkhianat, musuh dlm selimut; (Falangist sympathisers) anggota sayap kelima.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fifth columnn musuh dlm selimut; (group of Falangist sympathisers) sayap kelima.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aislen 1. lateral division of church, ruang sayap; 2. passageway between rows of seats, lorong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aislelessadj 1. without lateral division of church, tdk beruang sayap; 2. without passageway between rows of seats, tdk berlorong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
iridescentadj berwarna-warni; (tech) iridesen: the ~ wings of the dragon-flies, sayap patung-patung yg berwarna-warni.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intransigentadj (fml & derog) stubborn, keras kepala, enggan berkompromi: an ~ leftist, anggota sayap kiri yg enggan berkompromi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flippern 1. limb (of seals, dolphins, etc) kaki sirip; (of penguins etc) sayap sirip; 2. (often in pl), (device as an aid to swimming) kaki sirip getah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas