Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ge.ra] | سݢرا

Definisi : tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera-segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ge.ra] | سݢرا

Definisi : tidak berlengah-lengah atau tidak ternanti-nanti lagi; terus dilakukan; lekas-lekas; cepat-cepat: Surat ini hen­daklah dihantar ~. menyegerakan me­lakukan sesuatu dgn segera: Kami memohon supaya kerajaan ~ pembinaan klinik di kampung ini. mempersegera menjadikan lebih segera; mempercepat. penyegeraan proses atau perbuatan menyegerakan: Bahan yg dihasilkan itu adalah utk ~ pulihnya kesegaran kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segera (adjektif)
Bersinonim dengan cepat, lekas, pantas, laju, deras, ekspres;,
Kata Terbitan : bersegera, menyegerakan, kesegeraan,

Puisi
 

Limau manis masak di kuala,
     Pisau wali tajam dikikir;
Hitam manis bangun segera,
     Esok pagi abang nak hilir.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Melihat riak air,
     saya sudah tahu pendayungmu.

Bermaksud :

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
immediatelyadv 1. at once, without delay, dgn segera; (in imper construction) dgn segera, sekarang (juga): she called and they came ~, dia memanggil dan mereka datang dgn segera; please return ~, tolong pulang dgn segera; 2. instantly, segera: the cause of the problem was not ~ apparent, punca masalah itu tdk segera ketara; 3. a. (ref to direct involvement in a situation) langsung:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immediateadj 1. accomplished, needed without delay, segera: an ~ reply, jawapan segera; for ~ delivery, utk serahan segera; this should be enough for her ~ needs, ini seharusnya cukup utk keperluan segeranya; ~ action, tindakan segera; with ~ effect, dgn segera; 2. most direct, langsung: the blow on the head was the ~ cause of death, pukulan kpd kepalanya itu adalah sebab langsung kematiannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hastyadj 1. hurried, quick, segera, cepat: he made a ~ denial when they accused him of it, dia membuat penafian segera apabila mereka menuduhnya melakukan perkara itu; a ~ retreat, pengunduran segera; 2. rash, precipitate, a. (gen) terburu-buru, tergesa-gesa: he regretted his ~ decision, dia menyesali keputusannya yg terburu-buru; ~ preparations, persediaan yg tergesa-gesa; b. (of person) bertindak /terburu-buru, tergesa-gesa/; c. (of words) terlanjur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earliestadj & adv paling /awal, segera/, /awal, mula-mula/ sekali: one of the ~ symptoms of cancer, salah satu tanda penyakit barah yang paling awal; at the ~, paling /awal, segera/: on Monday at the ~, paling segera, pd hari Isnin; at your ~ convenience, secepat mungkin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fast-foodadj makanan segera: a ~ restaurant, restoran makanan segera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dispatchwith ~, (old-fashioned or fml) dgn segera: go with all possible ~, pergi dgn seberapa segera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fly16. leave in great hurry, pergi segera; (in order to escape from captivity) lari: you’ll have to ~ if you want to catch that train, kamu mesti pergi segera kalau kamu hendak naik kereta api itu; when we got back we discovered that our prisoner had flown, apabila kami balik, kami dapati tahanan telah lari; 7. pass swiftly, berlalu dgn cepat: time flies!, masa berlalu dgn cepat!; 8. (of rumours etc) tersebar: her appearance in company with a different man started the rumours ~ing, kemunculannya bersama lelaki lain menyebabkan khabar angin tersebar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brook2vt (usu with negative) membiarkan: he would ~ no interference, dia tdk akan membiarkan sesiapa pun campur tangan; ~ no delay, memerlukan tindakan segera: an important matter which ~s no delay, perkara penting yg memerlukan tindakan segera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fast foodn makanan segera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
instantadj 1. immediate, (dgn) serta-merta: to get an ~ response, mendapat jawapan serta-merta; her latest novel was an ~ success, novel terbarunya mendapat kejayaan dgn serta-merta; take an ~ /liking, dislike/ to /so., st/, terus /menyukai, tdk suka akan/ /sso, sst/: my mother took an ~ liking to him, ibu saya terus menyukainya; 2. urgent, segera: the children are in ~ need of help, kanak-kanak itu memerlukan pertolongan segera; 3. (of food) segera: ~ coffee, kopi segera; ~ noodles, mi segera; 4. usu inst., (becoming rare), (bulan) ini: on the 15th inst., pd 15 hari bulan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas