Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ko.lah] | سکوله

Definisi : 1. tempat utk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran: ~ Melayu; ~ menengah; 2. masa belajar di sekolah: pukul berapa ~ dimulakan tiap-tiap hari? 3. penuntutan ilmu, pengajaran atau pelajaran (yg diperoleh dr sekolah), ilmu pengetahuan: saya ingin benar hendak melanjutkan ~ saya ke peringkat yg lebih tinggi; 4. bp pergi ke sekolah, menuntut (di sekolah): kenapa engkau tidak ~ hari ini? ~ atap sekolah kampung (biasanya beratap daun nipah dll); ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan pembelajaran; ~ buta huruf = ~ dewasa sekolah utk orang dewasa yg buta huruf; ~ liar Id sekolah persendirian yg tidak menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan; ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam sahaja; ~ menengah sekolah peringkat menengah yg penuntut-penun­tutnya berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun (selepas pendidikan awal di sekolah rendah); ~ partikelir Id sekolah yg tidak didiri-kan oleh pemerintah; ~ pembaik akhlak sekolah tempat membaiki akhlak kanak-kanak dll; ~ penerbangan pusat yg melatih bakal juruterbang; ~ pondok sekolah agama di kampung-kampung; ~ rakyat a) sekolah persendirian di kampung-kampung; b) Id = ~ rendah sekolah permulaan (utk kanak-kanak); ~ siswazah jabatan atau fakulti di sesebuah universiti yg menawarkan kursus atau pengajian lanjutan kpd para siswazah; ~ subsidi Id sekolah persendirian yg mendapat bantuan drpd pemerintah; ~ terbang sekolah yg mengajarkan pengetahuan dan kepandaian memandu kapal terbang; ~ tinggi universiti; ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan spt padang permainan, dewan, kantin dsb dgn tujuan utk memupuk perpaduan antara kaum; bersekolah 1. (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah: kanak-kanak yg baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka; 2. berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah): orang-orang yg ~; menyekolahkan memasukkan ke sekolah, menyuruh bersekolah: dia berjanji akan ~ adik perempuannya itu; sekolahan Id ark rumah sekolah; persekolahan perihal sekolah: ibunya me-ninggal dunia ketika mengurus ~nya; sepersekolahan bersama-sama menuntut di sekolah: kawan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ko.lah] | سکوله

Definisi : 1 bangunan tempat mengajar dan belajar: Tiap-tiap hari, saya pergi ke ~ dgn bas. 2 masa belajar di sekolah: Pukul berapa ~ dimulakan? 3 perbuatan atau usaha mencari ilmu pengetahuan: Dia ingin melanjutkan ~nya di Kuala Lumpur. ~ berasrama sekolah yg ada asramanya utk sebilangan muridnya. ~ berasrama penuh sekolah yg menyediakan asrama dan segala kemudahan termasuk ma­kan minum, tempat belajar dsb utk semua murid di sekolah tsb. ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan dlm proses pembelajaran. ~ buta huruf (dewasa) sekolah utk orang-orang de­wasa yg tidak tahu membaca atau menulis. ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam saja. ~ menengah sekolah drpd tingkatan satu hingga tingkatan enam. ~ rendah sekolah utk kanak-kanak drpd darjah satu hingga darjah enam. ~ tinggi universiti. ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil, yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan asas spt padang, dewan, kantin, dgn tujuan utk memupuk semangat integrasi nasional. bersekolah 1 belajar di sekolah: Gadis itu masih ~. 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. menye­kolahkan memasukkan ke sekolah: Ibu bapa bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan ~ saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,

Puisi
 

Datang cikgu menanam kacang,
     Ditanam oleh anak sekolah;
Hendak menembak burung terbang,
     Burung terbang terlampau payah.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
de-emphasize, de-emphasisevt tdk lagi menumpukan perhatian kpd: schools are de-emphasizing the teaching of purely academic subjects, sekolah-sekolah tdk lagi menumpukan perhatian kpd pengajaran mata pelajaran yg hanya bersifat akademik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fermentn 1. fermenting agent, penapai; 2. unrest, pergolakan: after the ~ died down schools reopened, setelah pergolakan itu reda, sekolah-sekolah dibuka semula; in a ~, (fig.) bergolak, bergelora: the whole country was in a ~ before the general election, seluruh negara bergolak sebelum pilihan raya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
altogetheradv 1. entirely, completely, sama sekali: this is a different question ~, ini persoalan yg lain sama sekali; 2. on the whole, pd /keseluruhannya, umumnya/: ~ this school compares favourably with the others, pd keseluruhannya sekolah ini lebih baik jika dibandingkan dgn sekolah-sekolah yg lain; 3. in all, semua sekali: how much is that ~?, berapa harganya semua sekali?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
juniorschoolchildren whose ages range between 7 and 11, sekolah rendah; (ref to school, class) rendah: all the ~ boys were allowed to go home early, semua murid sekolah rendah dibenarkan pulang awal; the ~ netball competition, pertandingan bola jaring sekolah rendah; he is in the ~ school, dia murid sekolah rendah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
experimentn 1. test to demonstrate known facts, uji kaji, eksperimen: a scientific ~, uji kaji saintifik; to carry out an ~, membuat uji kaji; 2. attempt at st new, eksperimen, percubaan: the subject was taught in se lected schools as an ~, mata pelajaran itu diajar di sekolah-sekolah terpilih sbg satu eksperimen;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
existvi 1. be, have being, wujud, ada: they tried to prove that God ~s, mereka mencuba membuktikan bahawa Tuhan wujud; customs that have ~ed for centuries, adat resam yg telah wujud berkurun-kurun lamanya; does racial polarization ~ in our schools?, adakah polarisasi kaum wujud di sekolah-sekolah kita?; live, hidup: I don’t know how he ~s on that diet, saya tdk tahu bagaimana dia hidup memakan makanan spt itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invite3. make request for, meminta; (tender, bid for contract, offer, etc) mempelawa: the speaker then ~d questions from the audience, penceramah itu meminta penonton mengemukakan soalan; the host of the chat show ~d one of the guests to comment on the high incidence of food poisoning in schools, pengacara rancangan temu bual itu meminta salah seorang tetamu utk membuat komen ttg kekerapan berlakunya keracunan makanan di sekolah-sekolah; tenders are ~d for the erection of a clubhouse, tender dipelawa bagi pembinaan rumah kelab; shareholders are ~d to take up the new issue, pemegang-pemegang saham dipelawa membeli terbitan baru itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keep~ so. in, menahan sso (di sekolah): children are sometimes kept in after school as punishment, kadang-kadang murid ditahan selepas waktu sekolah sbg denda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
independent7. not depending on others, esp financially, /berdikari, tdk bergantung kpd sso/ (dr segi kewangan): she yearns to earn her own money and be ~, dia ingin bekerja dan tdk bergantung kpd sesiapa dr segi kewangan; to be financially ~, tdk bergantung kpd orang lain dr segi kewangan; of ~ means, berdikari, berpendapatan sendiri: a woman of ~ means, wanita yg berdikari; 8. that does not receive money from the government, swasta: an ~ radio station, stesen radio swasta; ~ schools, sekolah-sekolah swasta; 9. (math) tak bersandar: ~ variable, pemboleh ubah tak bersandar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grammar schooln 1. (UK) type of secondary school, sekolah menengah, grammar school; 2. (US) primary school, sekolah rendah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas