Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.mut] | سليموت

Definisi : 1. kain utk menutup tubuh (pd masa tidur), gebar: gebar atau ~ lebih cepat dan senang dibasuh dgn menggunakan mesin pencuci kain; 2. ki sesuatu yg digunakan utk menutupi atau melindungi pekerjaan jahat dll, sesuatu utk menyelubungi kejahatan; ~ elektrik selimut yg dipanaskan dgn arus elek-trik; berselimut 1. memakai selimut, berse­lubung: ia minum air panas dan ~ dgn kain yg tebal supaya keluar peluh; 2. ki berselindung di belakang sesuatu, menggunakan sesuatu utk melindungi maksud sendiri; malam ~ embun, siang bertudung awan prb orang yg terlalu miskin (tidak mempunyai apa-apa pun); berselimutkan mempunyai sesuatu sbg se-limut: ibarat ~ sehelai kain batik, ditarik ke atas di bawah lapang, ditarik ke bawah di atas lapang; menyelimuti 1. menutupi dgn selimut: se-helai gebar berbenang kasar ~ tubuhnya yg kerdil; 2. menyelubungi, meliputi: lembah di kaki kampung itu masih tetap diselimuti awan; 3. ki melindungi (kejahatan dll), menutupi; menyelimutkan 1. mengenakan (mema­kai-kan) selimut, memberi berselimut, menye-lubungkan (tubuh): Maheran sedang ~ anak-nya; 2. ki menyembunyikan (sesuatu perkara dll); memperselimut menjadikan (mengguna­kan) sbg selimut: ia pun ~ kain sarungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.li.mut] | سليموت

Definisi : kain yg digunakan utk menutup badan ketika tidur supaya tidak ke­sejukan; kain gebar. berselimut me­makai atau menggunakan selimut; ber­selubung dgn selimut: Busu tidak su­ka tidur ~. berselimutkan menggunakan sesuatu sbg selimut: Dia ~ sehelai kain batik lepas. menyelimut menutup badan dgn selimut: Alia ~ Adam dgn cadar itu. menyelimuti 1 menjadi sbg selimut pd; menyelubungi sesuatu sbg selimut: Sehelai kain cadar ~ tubuh­nya yg gempal. 2 ki menutupi atau menyelaputi: Selepas itu, kelihatan awan tebal ~ puncak bukit. menyelimutkan menggunakan atau mengenakan sesuatu sbg selimut (pd tubuh dll): Dia ~ kain pelikat pd adiknya yg kedinginan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selimut (kata nama)
Bersinonim dengan penutup, gebar, kemul;,
Kata Terbitan : berselimut, berselimutkan, menyelimuti,

Puisi
 

Nasi dingin digonggong semut,
     Dibawa belayar ke Singapura;
Badan dingin tarik selimut,
     Bantal peluk ganti adinda.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Pencuri dalam selimut.

Bermaksud :

Musuh yang tiada diketahui.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
electric blanketn /selimut, gebar/ elektrik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blanket stitchn jahit /selimut, insang pari/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fifth columnn musuh dlm selimut; (group of Falangist sympathisers) sayap kelima.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fifth-columnistn pengkhianat, musuh dlm selimut; (Falangist sympathisers) anggota sayap kelima.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eiderdownn 1. soft feathers of eider, bulu eider; 2. quilt, selimut bulu eider.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burnn 1. burned part or area, /bahagian, tempat/ yg /terbakar, kena api/: she darned the ~ in the blanket, dia menjerumat bahagian yg terbakar pd selimut itu; 2. mark caused by burning, bekas /terbakar, kena api/: there is a ~ on the table top, ada bekas terbakar pd permukaan meja; 3. injury caused by burning, luka terbakar: third degree ~s, luka terbakar darjah ketiga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extraan ~ st, se + (classifier) + n lagi, [sometimes satu + n lagi]: take along an ~ blanket in case it gets very cold at night, bawalah sehelai selimut lagi kalau-kalau cuaca menjadi sangat sejuk pd waktu malam; have you got an ~ pen?, saudara ada sebatang pen lagi or satu pen lagi?; I have an ~ pair of gloves, if you need them, saya ada sepasang sarung tangan lagi, jika kamu memerlukannya; ~ work for ~ pay, bekerja lebih utk mendapatkan gaji lebih: he was prepared to do ~ work for ~ pay, dia membuat kerja lebih utk mendapatkan gaji lebih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blanketadj menyeluruh: a ~ agreement, perjanjian yg menyeluruh; ~ instructions, arahan-arahan yg menyeluruh; a ~ insurance policy, polisi insurans yg menyeluruh; n 1. bed-covering, selimut, gebar; 2. covering layer, liputan, litupan: a ~ of snow, liputan salji; a ~ of leaves, liputan daun-daunan; 3. st that covers or encloses, yg /menyelubungi, mengelubungi/ sst: a ~ of gloom, kemuraman yg menyelubungi suasana;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chokevt 1. prevent from breathing, (act.) melemaskan; (pass.) lemas; (by clogging the windpipe), (act.) menyebabkan tercekik; (pass.) tercekik: the blanket nearly ~d the baby, selimut hampir-hampir melemaskan bayi itu; she swallowed a fish bone and was almost ~d, dia tertelan tulang ikan dan nyaris tercekik; 2. strangle, mencekik: he was ~d to death by the madman, dia dicekik hingga mati oleh orang gila itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
huddlebe ~d, a. be gathered in a group, berlonggok; b. be pressed close together, berhimpit-himpit; c. be curled up, mengerekot: the prisoner was ~d in a corner of the cell, banduan itu mengerekot di penjuru sel itu; ~ os, mengerekot: the child ~d himself under the blanket, budak itu mengerekot di bawah selimut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas