Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bah.yang] | سمبهيڠ

Definisi : 1. perbuatan menyembah Allah, solat; ~ lima waktu (fardu, wajib) sembah-yang yg wajib dikerjakan dlm sehari semalam (iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak); air ~ air utk bersuci sebelum sembahyang, wuduk; ada air ~ berada dlm keadaan yg mem-bolehkan seseorang mengerjakan ibadat spt sembahyang, membaca al-Quran, dsb; 2. (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan, doa; ~ berjemaah sembahyang beramai-ramai (dgn berimam); ~ fardu sembahyang yg diwajibkan (bagi orang Islam yg sudah baligh) mengerja-kannya; ~ hajat sembahyang istimewa utk memohon (kpd Allah) sesuatu; ~ Jumaat sembahyang berjemaah pd hari Jumaat (waktu zohor); ~ mayat (orang mati) sembahyang utk orang mati; ~ (hari) raya sembahyang sunat pd hari raya; ~ sunat sembahyang yg tidak diwajibkan me­ngerjakannya (sembah-yang tahajud dll); ~ tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya); ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd malam hari dlm bulan Ramadan; ~ mencari akal, rukuk mencari kira-kira prb orang yg rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka mengerjakan perkara yg ter-larang; bersembahyang 1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang; menyembahyangkan mengerjakan sem­bah-yang utk (ditujukan kpd): seorang akan me-robekkan kafan dan seorang menjadi imam ketika ~ dia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bah.yang] | سمبهيڠ

Definisi : 1 (dlm agama Islam) ibadat yg terdiri drpd niat, beberapa perbuatan dan bacaan yg dimulakan dgn takbiratulihram dan disudahi dgn salam; solat: ~ zuhur. 2 (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan; doa. ~ berjemaah sembahyang mengikut imam. ~ fardu (lima waktu) sembahyang yg diwajibkan dlm sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. ~ hajat sembahyang khas utk memohon sesuatu kpd Tuhan. ~ jenazah (mayat) sembahyang utk orang mati. ~ Jumaat sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah, pd hari Jumaat pd waktu zuhur. ~ raya sembahyang khas kerana memuliakan hari raya. ~ sunat segala jenis sembahyang yg tidak diwajibkan tetapi digalakkan melakukannya. ~ tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya). ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd malam hari dlm bulan Ramadan. ~ witir sembahyang sunat yg bilangan rakaatnya ganjil dan dilakukan antara solat Isyak hingga waktu subuh. bersembahyang me­laku­kan sembahyang mengikut syarat atau mengikut cara tertentu: Selepas ~ maghrib, kami anak-beranak pun terus makan. menyembahyangkan melakukan sembahyang utk: ~ mayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembahyang (kata nama)
1. Dalam konteks Islam
bersinonim dengan solat, tiang agama,

2. Dalam konteks bukan Islam
bersinonim dengan puja, permintaan,

Kata Terbitan : bersembahyang,

Puisi
 

Sembahyang waktu Subuh,
     Pasang tabir atas tambiran;
Bau adinda lekat di tubuh,
     Dibawa mandi tidakkan hilang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Sembahyang diberi berwaktu,
     janji diberi berketika.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
churchn 1. (building) gereja; 2. (service) sembahyang (di gereja): they were late for ~, mereka terlewat utk sembahyang di gereja; 3. (often C~), (institution) Gereja: the Presbyterian C~, Gereja Presbyterian; the Roman Catholic C~, Gereja Katolik; /enter, go into/ the C~, menjadi paderi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
church servicen sembahyang di gereja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
divine~ /worship, service/, upacara sembahyang; ~ revelation, wahyu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evensongn (Church of England) upacara sembahyang malam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ablutionn1. (usu in pl ), (act) persucian; perform o’s ~s, bersuci; (in Islam) berwuduk, mengambil air sembahyang; 2. (water) air utk bersuci.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
devotionn 1. strong affection, kasih sayang; (for a friend) kesetiaan: a mother’s ~ to her children, kasih sayang seorang ibu thdp anak-anaknya; 2. zealous attachment to duty, moral obligations, penumpuan, menumpukan + approp n: the ~ of too much time to social work, penumpuan masa yg terlalu banyak pd kerja amal; the soldier was decorated for his ~ to duty, askar itu dikurniai pingat krn begitu menumpukan masa pd tugasnya; 3. devoutness, kesalihan; 4. (in pl) prayer, sembahyang; at o’s ~s, sedang bersembahyang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
informationn 1. (knowledge in the form of facts) maklumat, keterangan; (intelligence) maklumat: for further ~, please contact..., utk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi...; I have no ~ regarding this matter, saya tdk ada maklumat ttg perkara ini; a valuable piece of ~, maklumat yg berharga; the book is a mine of ~, buku itu penuh dgn maklumat; he claimed that he had ~ that might be of interest to the police, dia mengatakan bahawa dia mempunyai maklumat yg mungkin dikehendaki oleh polis; for your ~, utk maklumat tuan; (colloq) jangan tak tahu: for your ~, the prayer room is on the sixth floor, utk maklumat tuan, bilik, sembahyang adalah di tingkat enam; I bought this with my own money, for your ~, jangan tak tahu, saya beli barg ini dgn duit saya sendiri; 2. (attrib) penerangan: ~ office, pejabat penerangan; ~ desk, meja penerangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas