Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (per­jalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyuka­kan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak berasa susah; tidak ada yg menyusahkan: Orang kaya belum tentu ~ hidupnya. 2 berasa puas atau lega: Sekarang barulah ~ hatinya. 3 tidak susah atau tidak sulit melakukannya; mudah: Hitungan ini ~ saja. 4 suka; sesuai: Saya tidak ~ tinggal di sini. bersenang-senang berbuat sesuatu utk menghibur hati; berehat-rehat: Dia ~ di bawah pokok itu bersama anak-anaknya. menyenangi berasa senang atau berasa suka akan; menyukai: Para pelancong ~ suasana di situ. Kehadirannya tidak disenangi. menyenangkan 1 membuat supaya menjadi senang; memudahkan: Sebuah dispensari bergerak telah diadakan utk ~ orang-orang kampung mengambil ubat. 2 memberi kepuasan; memuaskan hati; menyukakan: Ke­putusan yg dibuat oleh pihak majikan tidak ~ pekerja-pekerja. kesenangan keadaan senang; kepuasan hati: Kalau tidak kerana berusaha, ayahmu tidak akan mendapat ~ spt sekarang ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senang (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: gampang, ringan, ganyir, suang, lasuh, enteng,
Berantonim dengan susah

2. Bersinonim dengan suka: mesra, deman, setuju, gemar, cocok,
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan rehat: enak, nyaman, gembira, selesa, lega, sedap, menyenangkan, segar, seronok, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

4. Bersinonim dengan bahagia: aman, tenteram, sentosa, baik, elok, aman makmur, mujur, beruntung, sejahtera, tuah, selamat,
Berantonim dengan huru-hara

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersahaja tenang, sedang, sederhana, tidak berlebihan, lugu, sewajarnya,
Berantonim dengan berlebih-lebih

Kata Terbitan : bersenang, bersenang-senang, menyenangi, menyenangkan, mempersenang, kesenangan,

Puisi
 

Kalau ada ikan pari,
     Senang saya masak tumis;
Apa cakap tuan tadi,
     Cakap lepas jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Biar sakit dulu senang kemudian.

Bermaksud :

Biarlah bersusah-susah dulu asalkan senang kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ease(be) at ~, tdk /canggung, kaku/, senang: she seems at ~ in their company, dia tdk canggung bergaul dgn mereka; (be) ill at ~, tdk senang (benar), canggung (benar); feel at ~, merasa senang; feel ill at ~, merasa tdk senang (benar);/put, set/ so. at ~, membuat sso merasa senang: a host should put his guests at ~, tuan rumah harus membuat tetamunya merasa senang; set /o’s, so’s/ mind at ~, menenangkan fikiran sso: you can set your mind at ~ now that the trial is over, bolehlah tuan tenangkan fikiran sekarang krn perbicaraan telah selesai; (stand) at ~, senang diri; take o’s ~, bersenang-senang: he is able to take his ~ now that he has retired, bolehlah dia bersenang-senang sekarang krn dia telah bersara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disconcertvt (act.) menyebabkan [sso] berasa kurang senang; (pass.) berasa kurang senang: the guests were ~ed by his rudeness, tetamu berasa kurang senang krn kebiadabannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grudgevt a. feel resentful about, berasa tdk senang (thdp): she ~s Mary having so many admirers, dia berasa tdk senang Mary mempunyai ramai peminat; I don’t ~ him his wealth, saya tidaklah berasa tdk senang terhadapnya krn kekayaannya; b. give, do, etc very reluctantly (to) tdk merelakan: she ~d every penny she had to spend on her mother-in-law, dia tdk merelakan setiap sen yg dibelanjakannya utk ibu mentuanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
happy-go-luckyadj sentiasa senang hati: a ~ fellow, lelaki yg sentiasa senang hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consolationfind ~ in, berasa senang hati apabila: he found ~ in her company, dia berasa senang hati apabila bersama gadis itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
displeasuren rasa tdk senang (hati); (of royalty) kemurkaan: to incur so’s ~, menyebabkan sso rasa tdk senang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
comfortfor ~, menyebabkan sso berasa tdk senang: the trial was too close for ~, perbicaraan itu terlalu hampir dan ini menyebabkan dia berasa tdk senang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
convenience~ food, makanan mudah; at so’s ~, bila-bila (sso) senang: come at your ~, datanglah bila-bila senang; at so’s earliest ~, secepat mungkin; for (the sake of) ~, utk kesenangan (orang); marriage of ~, perkahwinan utk kesenangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gladadj 1. pleased, happy, gembira, senang hati: I’m so ~ you’ve come, saya sangat gembira kamu datang; he was ~ of the opportunity to continue his studies, dia gembira mendapat peluang meneruskan pelajarannya; 2. polite, willing, dgn senang hati: I’ll be ~ to help you, saya dgn senang hati akan membantu kamu; 3. causing delight, menggembirakan: ~ news, berita yg menggembirakan/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
easyadj 1. not difficult (to do, get, achieve, etc) mudah, senang: a passage that is ~ to understand, petikan karangan yg mudah difahami; an ~ task, kerja yg mudah; be ~ prey to, mudah menjadi mangsa kpd; he is not ~ to get on with, tdk mudah bergaul dengannya; 2. comfortable, senang: to have an ~ life, hidup senang; 3. be free from pain, lega: the patient felt ~ after the injection, pesakit itu berasa lega selepas disuntik; 4. relaxed, (of manner etc) bersahaja: gerak lakunya bersahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas