Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.ja.ta] | سنجات

Definisi : 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.ja.ta] | سنجات

Definisi : alat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika ber­kelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai mem­beri bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing di­percayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
calamitousadj /membawa, menimbulkan/ /bencana, malapetaka/, membencanakan: potentially ~ inventions such as nuclear weapons, rekaan-rekaan spt senjata-senjata nuklear yg berkemungkinan menimbulkan bencana.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arm2n 1. (usu in pl) weapon esp firearm, senjata api: an ~s manufacturer, pengeluar senjata api; 2. (usu in pl) weapons collectively, senjata: an ~s depot, depot senjata; 3. branch of the armed forces, pasukan: the infantry ~, pasukan infantri; 4. (in pl) military profession, perkhidmatan tentera; 5. (in pl) heraldic devices, lambang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
armouryn 1. storehouse for arms, gedung senjata; 2. arms factory, kilang senjata; 3. array of weapons, kumpulan senjata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arsenaln 1. place for storing arms, ammunition, gedung, senjata dan amunisi; 2. arms and ammunition factory, kilang senjata dan amunisi; 3. store of st regarded as weapons, kumpulan senjata: they stumbled upon an ~ of guns and swords in the dead man’s house, mereka terjumpa akan sekumpulan senjata yg terdiri drpd senapang dan pedang di rumah si mati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gunn 1. firearm, a. (gen) senjata api; (long and usu fired from the shoulder) senapang: ~ store, kedai senjata api; various types of ~s are being exhibited, pelbagai jenis senjata api sedang dipamerkan; the men were carrying ~s, lelaki-lelaki itu membawa senapang; the hunter was armed with a double-barrelled ~, pemburu itu bersenjatakan senapang dua laras; b. (shotgun) senapang patah; (rifle) raifal; (pistol) pistol; (revolver) revolver;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disarmvi melaksanakan pelucutan senjata: the country is prepared to ~, negara itu bersedia utk melaksanakan pelucutan senjata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cease-firen 1. truce, gencatan senjata: they agreed on a ~, mereka bersetuju utk mengadakan gencatan senjata; 2. order (to stop firing) perintah berhenti menembak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disarmvt 1. deprive of weapon, melucutkan senjata: the captured troops were ~ed, askar-askar yg ditawan itu dilucutkan senjata mereka; 2. make less angry or hostile, melembutkan hati: at first he was angry with his secretary but she managed to ~ him with her winning smiles, pd mulanya, dia marah thdp setiausahanya tetapi senyuman menawan setiausahanya melembutkan hatinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ammunitionn 1. amunisi; 2. (fig.) senjata: his unwise remarks provided ~ for his opponent, kata-katanya yg kurang bijak memberikan senjata kpd lawannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arm2vt 1. furnish, equip with weapon(s) mempersenjatai, memperlengkapi (dgn senjata): the government decided to ~ the faster merchant vessels, kerajaan membuat keputusan utk memperlengkapi kapal-kapal perdagangan yg lebih laju dgn senjata; 2. furnish with tools, requisites, memperlengkapi: the company ~ed each salesman with brochures and a sales kit, syarikat itu memperlengkapi setiap jurujualnya dgn risalah dan kit jualan; 3. make (bomb etc) ready to explode, memasang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas