Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nyum] | سڽوم

Definisi : 1. gerak bibir yg ternaik pd hujungnya yg membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: perempuan muda itu kelihatan memberikan ~ manisnya kpd laki-laki itu; 2. menggerakkan bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi mem-bayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: “~, ~,” kata ayah sebelum memetik kamera; ~(-senyum) kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek; ~ kanyur senyum yg dibuat-buat (ketika marah); ~ kucing Kl senyum yg mengandungi sesuatu muslihat; ~ manis senyum yg menarik sekali (menampakkan kejelitaan seseorang); ~ mesra a) senyum yg menunjukkan rasa mesra; b) sj kuih drpd tepung yg dicampur dgn berbagai-bagai ramuan; ~ raja senyum yg dibuat-buat (tidak mengan-dungi apa-apa makna); ~ serong-serong bahasa senyum sedikit sahaja; ~ simpul senyum yg menandakan gembira (geli hati, dll); ~ sinis senyum yg dibuat-buat kerana mengejek (me-nyindir); ~ sumbing senyum sedikit sahaja; ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika berduka-cita (dlm kecewa dll); senyum-menyenyum saling tersenyum: sudah luput segala tunduk-menunduk, ~ serta tegur-menegur; menyenyumi melahirkan senyuman kpd: dia ~ si pelacur tua secara sinis; tersenyum melahirkan senyum: Wan Intan ~ berkulum melihat temasya yg berlaku di hadapannya itu; tersenyum-senyum mengeluarkan senyum yg berulang-ulang dan agak berpanjangan, tersenyum berulang-ulang atau dgn agak ber-panjangan: beberapa orang mahasiswa ke-lihatan ~ memandang gelagat kami; dia ~ mendengar segala janjiku itu; senyuman hasil tersenyum: ~nya menyejuk-kan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nyum] | سڽوم

Definisi : gerak bibir yg ternaik di bahagian hujungnya dgn mulut ter­tutup atau terbuka sedikit, yg membayangkan rasa suka, geli hati dsb. ~ kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek. ~ kanyur senyum yg dibuat-buat ketika marah. ~ kucing senyum yg mempu­nyai sesuatu muslihat. ~ kulum senyum dgn malu-malu tetapi kelihatan manis. ~ manis senyum yg manis sekali. ~ mesra senyum yg menunjukkan rasa mesra. ~ pahit senyum yg dipaksakan ketika dlm kesusahan. ~ raja senyum yg sengaja dibuat-buat. ~ simpul senyum yg menunjukkan kegembiraan seseorang. ~ sumbing senyum yg sedikit saja. ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika bersedih. tersenyum me­lahirkan rasa gembira dll dgn memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit): Kadang-kadang saya ~ sendirian apabila teringat akan peristiwa-peristiwa itu. senyuman gerakan bibir se­masa tersenyum: ~ yg menawan dpt melembutkan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senyum

Puisi
 

Hendak diminum tidak terminum,
     Minum sedikit di dalam gelas;
Hendak senyum tidak tersenyum,
     Senyum sedikit tidak berbalas.


Lihat selanjutnya...(17)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
grinn broad smile, senyum(an) lebar, sengihan, seringai: she stood there, with a ~ on her face, dia berdiri di situ dgn senyum lebar; break into a ~, tersenyum lebar, tersengih, terseringai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force~ a smile, /menggagahi, memaksa/ diri utk senyum; ~ o’s way in, through, etc, merempuh + approp v: a group of students ~d their way into the faculty’s offices, sekumpulan penuntut merempuh masuk ke pejabat fakulti; the army unit ~d its way through the jungle, pasukan tentera itu merempuh melalui hutan rimba;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cheesen keju: grated ~, keju parut; say ~, senyum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dissemblevt menyembunyikan: he smiled in an effort to ~ his disappointment, dia senyum utk mencuba menyembunyikan kekecewaannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conspiratorialadj 1. suggesting conspiracy, berpakat: a ~ smile, senyum berpakat; 2. of conspirators or conspiracy, sulit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conciliatory, conciliativeadj utk berdamai; (of words) menenteramkan: a ~ smile, senyum utk berdamai; ~ words, kata-kata yg menenteramkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faceb. despite, /meskipun, sungguhpun, walaupun/ menghadapi: he succeeded in the ~ of difficulties, dia berjaya meskipun menghadapi kesukaran; keep a straight ~, menahan /senyum, ketawa/, menyembunyikan rasa geli hati; laugh in so’s ~, mentertawakan sso; look so. in the ~, /memandang (ke) muka, menenung, merenung/ sso: since that episode at the club, I just cannot look him in the ~, selepas episod di kelab itu, saya tdk dapat memandang mukanya; lose ~, jatuh air muka, (mendapat) malu; /make, pull/ /a ~, ~s/, membuat muka; meet so. ~ to ~, /bertemu muka, bersemuka/ dgn sso; on the ~, (pd) muka: the shrapnel struck him on the ~, serpihan dr letupan itu terkena mukanya; on the ~ of it, pd /zahirnya, lahirnya/: on the ~ of it, the problem looks easy, pada zahirnya masalah itu kelihatan mudah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insteadshe didn’t smile when we told her the news. I~ her face crumpled and she began to cry, dia tdk senyum apabila kami menyampaikan berita itu. Sebaliknya, mukanya berkerut dan dia mula menangis; ~ of, dan tidak; (preceding v and occurring at beginning of sentence) daripada; (preceding n or pron) dan bukan: they had tea in the garden ~ of in the dining room, mereka meminum teh di taman dan tidak di bilik makan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
complacentadj (usu derog) berpuas hati, berasa puas hati; (of smile) puas: after working for five years, he became ~ about his accomplishments, selepas lima tahun bekerja, dia berasa puas hati dgn pencapaiannya; a ~ smile, senyum puas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
benevolentadj 1. disposed to do good, (bersifat) suka membuat /kebaikan, kebajikan/: a ~ old man, lelaki tua yg suka membuat kebaikan; 2. kindly, baik hati: a ~ attitude, sikap baik hati; ~ smile, senyum(an) mesra; 3. charitable, kebajikan: a ~ fund, tabung kebajikan; ~ society, persatuan kebajikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas