Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérak); berserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dll) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah: segala barang di dlm rumahnya ~; kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai; berserakan tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan: puntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permai-dani; menyerak merebak (memencar, berserak) ke mana-mana; menyerakkan menaburkan (supaya ber­serak), menyebarkan, memencarkan: kipas bersambung kiri kanan, beras kunyit diserak-kan di cerpu kaki masing-masing; penyerakan proses menyerak(kan). serakah loba, rakus, tamak: ia sekarang mengetahui apa yg diidamkan oleh kedua-dua orang yg tamak dan ~ itu; keserakahan perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan: tatahukum itu se­benarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis; ~ utk memperoleh keuntungan yg tidak terhingga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. parau atau garau (suara): makin lama suaranya makin ~ dan akhirnya hilang antara beberapa patah perkataan yg akhir; ~-~ basah agak serak suaranya (tetapi sedap didengar); 2. tersendat jalan pernafasannya (spt orang kena selesema, berdahak, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ sj burung hantu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-serik = ~-seruk bunyi spt bunyi orang menggosok lantai dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sérak/; berserak bertabur ke merata-rata tempat; bercerai-ce­rai tidak menentu; bersepah-sepah: Buku-­buku bacaannya ~ di atas lantai. menye­rakkan menjadikan ber­serak; menaburkan ke merata-rata; menyebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : parau atau garau (bkn suara) kerana terlalu banyak berkata-kata dll: ~-~ basah agak serak (bkn suara) tetapi sedap didengar. keserakan keadaan serak: ~ suaranya memikat para pendengar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serak (adjektif)
Bersinonim dengan parau, garau.,
Kata Terbitan : serak2, berserak, berselerak, menyerak,

Puisi
 

Serak dagang bertali-tali,
     Putik nangka bertupa-tupa;
Abang balik sekali lagi,
     Bawa balik bunga cempaka.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
croakvt also ~ out, dgn suara yg serak: he ~ed an answer to her question, dgn suara yg serak dia menjawab soalan gadis itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
huskyadj 1. (of person, voice) somewhat hoarse, serak: all that talking has made me ~, banyak bercakap membuat suara saya serak; 2. (colloq) big and strong, besar /agam, tegap/: a ~ young man, seorang pemuda yg besar agam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hoarsenvt menjadikan /garau, parau/; (due to illness, shouting, etc) menyebabkan /serak, parau/: cold had ~ed the actor’s voice, demam selesema telah menjadikan suara pelakon itu serak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hoarseadj garau, parau; (due to illness, shouting, etc) serak, parau: the ~ cry of a crow, bunyi parau burung gagak; his ~ voice, suaranya yg garau; they cheered themselves ~, mereka bersorak sehingga serak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
huskilyadv dgn suara serak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
croakyadj (of voice) serak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
huskinessn 1. hoarseness, serak; 2. condition of being big and strong, besar /agam, tegap/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
croakn 1. (of frog) bunyi (katak) menguak; 2. (of crow, raven, etc) bunyi (gagak) menggauk; 3. (of person) suara yg serak: he could only speak in a ~, dia hanya dapat bercakap dgn suara yg serak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
croakvi 1. (of frog) menguak; 2. (of crow, raven, etc) menggauk; 3. (of person) bercakap dgn suara yg serak: his cold was so bad, he could only ~, selesemanya begitu teruk, dia hanya dapat bercakap dgn suara yg serak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hoarsenvi menjadi /garau, parau/; (due to illness, shouting, etc) menjadi /serak, parau/: the singer’s voice ~ed when she grew older, suara penyanyi itu menjadi garau apabila dia meningkat tua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas