Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérang) Mn silau; keserangan kesilauan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : langgar, serbuan; menyerang 1. mendatangi utk melawan (meng-alahkan, menaklukkan, dll), me­langgar, me-nyerbu: maka Sultan Mansor Shah pun meni-tahkan Bendahara Paduka Raja ~ Pahang; 2. menimpa (penyakit dll), me­nyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dll): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri; 3. ki menentang (spt mengkritik dll), mencela, mencerca: pihak pembangkang telah ~ pihak kerajaan dgn kata-kata yg pedas; serang-menyerang saling membalas serang­an, saling menyerang antara satu dgn yg lain: kedua-dua pihak terus ~; serangan 1. perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dll): Iskandariah di-ancam oleh ~ tentera Afrika Korps yg dipimpin oleh Jenderal Rommel; 2. kecaman keras secara lisan atau bertulis: dlm buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin mereka; ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara, terutamanya ke sasaran musuh di bumi; penyerangan perihal menyerang (melanggar, menyerbu), penyerbuan: Jepun telah melaku-kan ~nya utk menakluki Malaya; penyerang 1. orang (pihak, pasukan, dll) yg menyerang: pasukan ~ yg dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat beberapa kemenangan; 2. pemain bola sepak dsb yg menyerang utk menjaringkan gol: ~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para pemain pertahanan pasukan lawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyerang 1 pergi ke sesuatu tempat utk melawan (me­ngalahkan, menakluk dll); melang­gar; menyerbu: Niat Raja Siam hendak ~ Melaka itu terpaksa dibatalkan. ~ hendap menyerang dgn sembunyi-sembunyi. 2 datang menimpa orang (bkn penyakit dll); menyebabkan orang menjadi menderita: Penyakit taun yg ~ bandar itu telah merenggut sebelas nyawa. serangan serbuan atau tentangan utk menyerang: ~ komunis ke atas balai polis itu telah dpt dipatahkan. ~ jantung terjadinya masalah pd jantung dgn tiba-tiba, biasanya menyebabkan kerosakan pd sebahagian otot-otot jantung, dan kadang-kadang boleh membawa maut. ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara ke sasaran pihak musuh di bumi. penyerangan perbuatan atau hal menyerang. penyerang orang yg menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
boatswain<i>ni> serang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ambuscade<i>n i> serang hendap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counter-attack<i>ni> serang(an) balas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boatswain’s chair<i>ni> kerusi serang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ambushfall into an ~, diserang hendap; /lie, wait/ in ~, bersembunyi utk menyerang hendap; /make, lay, construct/ an ~, mengatur serang hendap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ambush<i>ni> 1. <i>act of lying in wait,i. perbuatan bersembunyi utk menyerang hendap; 2. <i>surprise attack,i> serang hendap; 3. (<i>concealed positioni>) tempat (+ <i>approp n, proni>) menyerang hendap: <i>the gorge was used as an ~,i> jurang itu dijadikan tempat menyerang hendap; <i>to drive troops out of ~,i> mengusir pasukan dr tempat mereka menyerang hendap; 4. <i>person(s) in hiding to make surprise attack,i> penyerang hendap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas