Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.pih] | سرڤيه

Definisi : 1. sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dll): tiang batu itu kelihatan ~ sedikit; 2. = serpihan; menyerpih 1. menyerupai serpih; 2. menjadi serpih, pecah-pecah; 3. menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil; serpihan kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.pih] | سرڤيه

Definisi : 1 pecah atau sumbing sedikit bahagian tepinya: Pinggannya ~ sedikit. 2 = serpihan bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. menyerpih menjadi serpih: Perubahan cuaca yg ketara menyebabkan batu-batan ~. menyerpihkan men­jadikan sesuatu dlm bentuk serpih; memecahkan sesuatu kecil-kecil atau sedikit-sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serpih (adjektif)
Bersinonim dengan sumbing, serpai, sompek, rompes, pecah sedikit, cempek, sobek, cebeh-cebeh, sontak;,
Kata Terbitan : menyerpih, serpihan,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Biar serpih tumbangnya jangan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Biar lebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Biar merangkak jangan menjalar.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
chipn 1. small piece (of wood, stone) serpihan: marble ~s, serpihan marmar; 2. crack caused by chipping, serpih, sumbing: to repair a ~ in the tooth, menampal gigi yg serpih; 3. (usu in pl) french-fried potatoes, kentang goreng: fish and ~s, ikan dan kentang goreng; 4. (electr) serpihan; 5. counter used in gambling, cip; 6. (golf) pukulan sungkit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fragmentation bombn bom serpih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sliverb. (of wood) suban, serpih(an): he swept up the ~s of wood from the carpenter’s bench, dia menyapu suban-suban kayu dr bangku tukang kayu itu; c. (of cheese etc) ricih(an), racik(an): ~s of potato fried in deep fat, ricihan-ricihan kentang yg digoreng dlm minyak; a piece of vegetable pie with a ~ of cheese on top, sepotong pai sayur dgn sericih keju di atasnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
splinter n 1. sharp sliver of wood, glass, etc broken from a larger piece, serpih(an): ~s of glass lay scattered on the floor, serpihan-serpihan kaca bertaburan di lantai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sliver n 1. a thin piece cut or torn off, a. (of glass, soap, etc) serpih(an): he was cut by a ~ of glass from the broken window, dia luka kena serpihan kaca dr tingkap yg pecah itu; ~s of soap, serpihan-serpihan sabun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bit1n 1. small quantity, amount, portion, a little, sedikit: a ~ of pudding, sedikit puding; to put away a ~ (of money) every month, menyimpan (wang) sedikit setiap bulan; she hasn’t changed a ~, dia tdk berubah sedikit pun; to give so. a ~ of advice, memberi sso sedikit nasihat; 2. piece, a. (gen) cebis(an) (+ approp n): ~s of paper, cebisan-cebisan kertas; ~s of wood, cebis-cebis kayu; interesting ~s in the newspaper, cebisan-cebisan berita yg menarik dlm akhbar; b. (as a result of being shattered) serpih(an): ~s of broken glass, serpihan-serpihan kaca; c. (usu in pl), (leftover from st) reja, lebihan: we can make a dish from the ~s of left over food, kita dapat membuat sejenis masakan drpd lebihan makanan itu; d. (of land) selebar kangkang kera: a house with a ~ of land, sebuah rumah dgn kawasan keliling yg selebar kangkang kera; 3. (rel to time or distance) sedikit: he must rest a ~ longer, dia mesti berehat lebih lama sedikit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas