Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kata ~ a) kata utk memanggil; b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); berseru 1. memanggil dgn berteriak (dgn suara nyaring): Mariam ~ dgn suara tinggi; 2. mempelawa, mengajak, menganjurkan: Presiden Park telah ~ kpd semua rakyat supaya bekerja dgn lebih kuat lagi; berserukan sl = menyerukan; menyeru memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; menyerukan 1. meneriakkan atau meng­ucapkan sesuatu dgn nyaring: seorang pe­gawai yg berpakaian hebat telah ~ suatu titah drpd yg maha mulia; 2. menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan: keputus­annya akan diserukan kemudian; 3. meng­anjurkan atau mengusulkan (supaya): rencana yg ~ supaya ada kerjasama antara sastera­wan, wartawan, dan ahli sains Melayu sa­ngat menarik perhatian; 4. = menyeru-nyerukan mengheboh-hebohkan, meng­gembar-gemburkan; seruan 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; penyeruan perbuatan menyeru (menye­rukan): Abu Talib telah memberi sepenuh­-penuh sokongan kpd Rasulullah dlm ~nya itu; penyeru 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berseru 1 memanggil atau melaung dgn suara yg nyaring; berteriak: Bagai ~ di padang pasir. 2 membuat ajakan atau anjuran: Beliau telah ~ kpd sekalian yg hadir supaya belajar rajin-rajin. menyeru 1 melaung utk memanggil atau utk menarik perhatian: Tiba-tiba terdengar orang ~ dr dlm gua itu. 2 meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kpd Allah. menyerukan 1 mengucapkan atau memberitahukan sesuatu dgn nyaring: Keputusan acara lumba lari akan diserukan dgn alat pembesar suara. 2 menganjurkan atau mengusulkan (bkn ajaran agama, pendapat dsb): Apalah gunanya mereka ~ perdamaian, jika mereka sendiri terus mengeluarkan senjata-senjata moden. seruan 1 kata-kata yg diucapkan dgn nyaring utk memanggil atau utk menarik perhatian; panggilan; laungan. 2 apa-apa yg diserukan; ajakan; anjuran. penyeru orang yg menyeru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seru I


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
exclamation<i>ni> 1. <i>word expressing sudden strong feeling,i> kata seru: <i>“Ah” and “Oh” are ~s,i> “Ah” dan “Oh” ialah kata seru; 2. <i>words, sentence expressing sudden strong feeling,i> seruan: <i>“Good grief” is also an ~, “Good grief”i> juga seruan; with an ~, sambil berteriak: <i>they read the letter with ~s of joy,i> mereka membaca surat itu sambil berteriak kegembiraan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exclamation mark<i>ni> tanda seru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interjection<i>ni> 1. (<i> lingi>) kata seru, seruan; 2. <i>interruption,i> selaan, mencelah, menyampuk: <i>their constant ~s upset the speaker,i> selaan mereka yg kerap itu menyebabkan penceramah tersebut berasa terganggu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exclaim<i>vti> berteriak; (<i>in direct speechi>) berseru, seru[nya]: <i>he ~ed that he had been cheated,i> dia berteriak mengatakan bahawa dia telah ditipu; <i>“Don’t touch me!”, she ~ed,i> “Jangan sentuh saya!”, serunya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acrimonious<i>adj i> 1. (<i>of argument, quarreli>) sengit, seru: <i>an ~ dispute,i> perbalahan sengit; 2. (<i>of remark, words, etci>) kesat: <i>~ words passed between the rivals,i> kedua-dua pesaing itu saling melemparkan kata-kata kesat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas