Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ruan] | سروان

Definisi : 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ruan] | سروان

Definisi : 1 kata-kata yg diucapkan dgn nyaring utk memanggil atau utk menarik perhatian; panggilan; laungan. 2 apa-apa yg diserukan; ajakan; anjuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seru1
Kata Terbitan : berseru, menyeru, menyerukan, seruan,

Peribahasa

Seperti memekik di tengah padang luas.

Bermaksud :

Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti berseru di tengah padang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
call7. appeal, seruan: to answer the ~ of the country, menyahut seruan negara; a ~ for the restoration of traditional values in our society, seruan utk menghidupkan kembali nilai-nilai tradisional dlm masyarakat kita; 8. demand, permintaan: not much ~ for embroidered table cloths these days, tdk banyak permintaan utk alas meja bersulam pd masa ini; 9. need, perlu: there is no ~ for you to get angry, kamu tdk perlu naik marah; 10. allure, panggilan, seruan: the ~ of the sea, panggilan laut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clarionadj; ~ call, seruan lantang: a ~ call to support the campaign, seruan lantang utk menyokong kempen itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ejaculationn 1. exclamation, seruan; 2. discharge of semen, pancutan mani.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interjectionn 1. ( ling) kata seru, seruan; 2. interruption, selaan, mencelah, menyampuk: their constant ~s upset the speaker, selaan mereka yg kerap itu menyebabkan penceramah tersebut berasa terganggu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exclamationn 1. word expressing sudden strong feeling, kata seru: “Ah” and “Oh” are ~s, “Ah” dan “Oh” ialah kata seru; 2. words, sentence expressing sudden strong feeling, seruan: “Good grief” is also an ~, “Good grief” juga seruan; with an ~, sambil berteriak: they read the letter with ~s of joy, mereka membaca surat itu sambil berteriak kegembiraan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas